11 Jan 2010

Zulkifli Nordin Ditegur Oleh Partinya

Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin telah dinasihatkan supaya menghormati pendirian parti di dalam isu kalimah 'Allah', demikan kata naib presiden PKR Azmin Ali, lapor malaysiakini.

Ketua whip PKR itu menyatakan Zuklifli telah dipanggil oleh Ketua Umum PKR untuk meleraikan hal berkenaan di dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Setelah meltusnya isu kalimah 'Allah', pihak parti telah mengadakan perbincangan dengan Zulkifli dan tindakan telah diambil (berdasarkan kepada perbincangan itu).

“(Di dalam pertemuan itu), beliau telah mengemukakan pandangannya namun pihak parti telah memberitahunya supaya bertindak mengikut ruanglingkup Pakatan Rakyat.”

Zulkifli, yang merupakan ahli parlimen Kulim Bandar-Baru, telah secara terbuka mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Kristian Herald untuk menggunakan kalimah 'Allah' di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Dikenali sebagai orang yang berpandangan lantang, terutama dalam hal-hal bangsa dan ugama, peguam syariah itu mendakwa kalimah 'Allah' boleh disalahgunakan oleh orang Kristian dan akhirnya mengelirukan umat Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila Zulkifli mencabar Khalid Samad, rakan di kalangan ahli parlimeb Pakatan dari PAS, untuk keluar parti dan menyertai parti DAP kerana mempertahankan hak bukan Islam untuk menggunakan kaliman 'Allah'.

Walau bagaimanapun, PKR telah mengeluarkan kenyataan media dua hari selepasnya, mengalu-alukan keputusan mahkamah dan menyifatkannya sebagai “perkembangan yang sangat baik yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka”.

Azmin menyatakan (hak) Zulkifli sepatutnya merujuk kepada konsensus (suara ramai) apabila ada isu yang menyentuh soal dasar parti.

“Setiap kali mereka ingin tampil dengan kenyataan menyentuh soal dasar, setiap anggota perlu mematuhi prinsip berkenaan di dalam PKR,” tambah Azmin.

ULASAN GB

Itu dalam PKR. Tahniah kita ucapkan.

Bagaimana dengan PAS?
Bagaimana dengan beberapa orang pimpinan PAS termasuk pemimpin kanan parti yang mengeluarkan kenyataan-lenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti seperti kenyataan Datuk Dr Harun Din, Datuk Hassan Ali, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - ketiga-tiga Datuk dalam PAS ini yang telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza sama-sekali dengan kenyataan rasmi parti?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana jelas dgn ape yg Tuan Guru Presiden nyatakan selepas mesyuarat penggunaan kalimah ALLah.Pendirian partijelas tapi ana tak jelas dgn kenyataan terbuka 2-3 org pimpinan.Apa tindakan parti yg nampak membiarkan persoalan itu berlegar-legar?

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu pengerusi jk disiplin jatuhkan hukuman kepada pengerusi jk disiplin sendiri dan beberapa kerat lagi

john berkata...

Ni salah seorang yang selalu sumbat gol sendiri.Jaga-jaga lah. Dia ni rabun walau pakai spek.

sb dehlawi berkata...

aik pasal apa keluar anonymous said...Kita tunggu pengerusi jk disiplin jatuhkan hukuman kepada pengerusi jk disiplin sendiri dan beberapa kerat lagi

sb dehlawi berkata...

GB, apa pendirian demo dalam kemelut Pas Kelate? terutama isu Husam musa vs keluarga TGNA. kawe buntu pikir jawapan...buat la ulasan sikit....