4 Mac 2013

"Sultan Sulu" Itu Ahli UMNO Yang Berdaftar!


Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.

Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.

Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.

Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.

Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.

Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah terburai..... Buatlah fitnah lagi hai Pemimpin Bangsat.

Besar lahanat bermain dengan kedaulatan negara dan nyawa rakyat.


Kak Uda ila berkata...

Seboleh-bolehnya saya mahu tahu, Apa yang ada dalam hati Rakyat-Rakyat yang masih menyayangi dan bersetuju dengan UMNO, BN dan sekutunya serta Kerajaan dalam kes ini.

Sejujurnya apa agaknya yang mereka fikir.

Simpati pada yang pergi berjuang dan Mati dalam berjuang itu baguslah. Tapi apa yang saya mahu tahu, APA YANG MEREKA RASAKAN DENGAN APA YANG KERAJAAN LAKUKAN INI SEHINGGA NYAWA PEJUANG YG MUNGKIN TAK TAHU APA YANG SEBALIKNYA INI MELAYANG!!

Tanpa Nama berkata...

MUNGKING LEPAS INI ADA YANG MENGISTIHAR DIRI SABAGAI SULTAN PARAMESWARA

Carlos Santiago berkata...

mereka trersalah post kot...hahahaha

Serangkai Duku Johor berkata...

kahkahkahkah.....amek kawww PM Najeb ,,, lobang sudah pecah apa lagi maw crita..kahkahkahkah.....eloknya kau najeb yang di campak p Lahad Datu biar Mampos!!! Kahkahkahkah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Aiyoh !!!!

Ahli UMNO pun ada jadi penceroboh Negara....ini akan menjejaskan penduduk berdekatan Hutan Sepilok tu.

Kena jaga mereka, sudahlah tak layak dapat BR1M... ini Hutan mereka pun akan lenyap.

Waduh !!!!

Tanpa Nama berkata...

LIHAT DAN NILAI

Unknown berkata...

ramai ayahanda ayahanda pekida yg mendapat TITLE datuk,datuk seri dan mcm mcm lagi dari sultan sulu konon nya..apakah pekida terlibat sama dalam pengganas disabah..PEKIDA tolong jawap..