4 Mac 2013

Kata Dua Najib Tak Diindahkan: Sudah 6 Polis Terbunuh


Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. - Bernama


Polis masih cuba bawa keluar anggota yang gugur


Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

m.

Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu mala Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.
-mk


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian angota polis yg tekorban kerana mdpt arahan yg tidak sepatutnya.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, seolah2 tiada persiapan dlm menghadipi situasi, mudah terperangkap. Tentu ada hikmat untuk direnungkan. Alfatihah kpd yg terkorban.

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar skrg ATM dah mula ambil alih, ini baru betul, kena pada tempatnya. polis hanya untuk mengawal ketenteraman awan seperti menjaga para demonstrasi dan seumpamanya, sbb mereka tiada senjata.

Tanpa Nama berkata...

Pada PRU akan datang,anggota PDRM dan Tentra yang mengundi sulit,fahamlah betul-betul UMNO tu tak kisah akan nyawa rakyatnya asalkan depa terus berkuasa.Kalau peristiwa diSabah ni tak juga membuka mata dan minbda anggota PDRM dan Tentera,tak taulah.