Edisi Kantoi Terburai!!!!!.. Rakaman gambar pemimpin utama Sulu Hadir Perhimpunan Agung UMNO 2012 ' sebagai Tetamu Agung Jemputan Khas Tersebar Luas!!!!!!
Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.
Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim.
Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012.
SEKARANG APA MACAM.. APA NAK CERITA SEKARANG? -omakkau
Ulasan GB
Ramai yang mendakwa bahawa gambar yang disiarkan itu adalah pemimpin MILF dan bukan MNLF.
Seperti yang GB tulis sebelum ini kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
14 ulasan:
semoga tentera yg berjuang disana diselamatkan.
tipuu...
masak... silakan menjawab wahai pencacai..
Setelah membaca tuntutan dan amaran yang diberikan oleh Misuari, maka jelaslah siapa dalang di belakang sendiwara ini.
Menurut Misuari, penceroboh-penceroboh ini masuk ke Sabah kerana Najib telah berjanji kepada mereka akan diberi tempat kediaman dan perlindungan. Perjanjian Najib dengan kumpulan ini disyaki ada kaitan dengan GE-13 dan penceroboh ini dibawa masuk untuk memenangkan BN di Sabah kerana sokongan BN di Sabah semakin kurang setelah RCI Projek IC bermula. Malangnya, kemasukan penceroboh ini ke Sabah dikesan oleh penduduk tempatan dan juga parti pembangkan. Berita tentang kemasukan penceroboh ini merebak dengan pantas dan menjadi heboh di seluruh Sabah. Pada mulanya, Najib dan dalangnya cuba menutupkan kes ini dengan mengkelaskan kes ini sebagai “internal” dan enggan melibatkan pihak ATM. Tetapi apabila kematian anggota polis bertambah, maka meletup lah semua rancangan jahat Najib yang cuba membawa masuk warga Filipino untuk mengundi BN.
Patut lah pauk penceroboh ini ada membuat pemintaan untuk berjumpa dengan seseorang VVIP sebelum ini, dan siapa kah lagi VVIP ini kalu bukan Najib bin. Haram Jadah.
Najib dan Sultan Sulu adalah kawan baik, seperti mana yang kita dapat lihat dari gambar di atas. Tetapi apabila konspirasi mereka telah gagal, satu pihak mesti dijadikan kambing hitam.
Saya amat kasihan kepada anggota polis yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka. Mereka ini adalah mangsa dalam perebutan kuasa dan diperalatkan untuk mengekal kuasa.
adik aku seorang tentera..baru tamatkan latihan ketenteraan pada bulan 12/2012...tak sangka hari ni dapat panggilan dari adik aku..mengatakan skuad dia terpaksa pergi sabah walaupun baru menamatkan latihan ketenteraan....dalam hati ada kebimbangan kalau jadi apa2 pada adik aku....apakah akan ada peperangan besar-besaran selepas ni..?
untuk adik aku....aku dan seluruh ahli keluarga mendoakan keselamatanmu dan seluruh anggota tentera terlibat..moga Allah melindungi kalian semua di bumi sabah...amin ya Allah
amekkaw sekarang baru semua orang tau siapa petualang negara sebenarnya.......mamakkutty tukang bagi IC pun membisu seribu bahasa..!!! Mungkin lepas ni banyak lagi pendedahan 2 sensasi.............tunggu !!!
GB satu blog yg penuh dgn integriti.
yang UMNO jemput tu pemimpim MILF. Bukannya MNLF yang menyokong perjuangan Sultan Sulu. Saya harap tuan blog boleh mencari ilmiah sedikit dimana-mana sumber berkaitan dengan MNLF dan MILF serta Sultan Sulu (sekarang ada 2, yang ceroboh sabah adalah sultan yang bukan diiktraf oleh rakyat sulu). Mohon tuan untuk melapangkan dada mencari maklumat ini bukan kerana mengikut hati dan perasaan.
Terima kasih
ore kelate
Dale negri kelate pong ado gk hok bangso laen!
Dale ramai rakyak kelate tu ado gk hok yg tak suko TGNA! Hok dale PAS pong bukan makno semue orge alim & hok melayu pong ado mace2 so MILF & MNLF walu x srupo tpi ada banyok persamaenyo tuuuh!
MILF ke MNLF tu isu laing... Hok.yg paling utamo nye tu napo negaro kito mudah sangak dicerobohi ole bangsa sulu!!!!!!!!
Masya ALLAH
Budak budak Sulu tu pun boleh dapat duit BR1M , loaded lah mereka boleh beli sampan baru "Hand Made" pulak tu.
Mesti lah sampan sampan pakai teknologi Stealth yang tak boleh di kesan dengan kapalselam.
Bijak jugak budak budak kampong Sulu nih, tak habis beras jugak lah kira nya!
Satu pengajaran kepada UMNO(bukan sahaja Mahathir Kutty,Najib dan Hishammudin).Sebab nak berkuasa selama 5 tahun,tabur IC Biru sewenang-wenangnya.Nah! inilah padahnya.Nyawa anggota PDRM dan Askar kita tiada nilai pada UMNO.Depa lebih pentingkan"kuasa".Kalau Semenanjung diserang Indonesia atau Bangladesh - keadaan diSabah akan berulang.
Nur Misuari marah kerana sedikit masa dulu kerajaan Malaysia tangkap dia dan diserah kepada Filipina. Lepas itu dijatuhkan hukuman penjara.
Keadaan Melayu dari Thailand yang masuk tinggal ke Kelantan pun sama perangai dengan puak Sulu. Apabila puaknya ramai sikit mula nak tunjuk belang jahat dan jadi samseng/gedebe.
tuan, gambar tersebut adalah gambar pemimpin MILF, tuan hj murad ebrahim. Tiada kaitan dgn kesultanan sulu. sila perbetulkan. rujuk link ni http://www.luwaran.com/home/index.php?option=com_content&view=article&id=3092:welcome-address-of-al-haj-murad-ebrahim-milf-chairman-during-the-gph-milf-sajahatra-bangsamoro&catid=347:gggg
Catat Ulasan