4 Mac 2013

PR: Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan


Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri yang sanggup menggadai keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan berikutan pencerobohan kumpulan bersenjata warga asing di Lahat Datu sejak 23 Februari lalu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga pemimpin tertinggi PR itu menyebut setiap pimpinan mana-mana negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat.

Justeru PR berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia.

Kenyataan media bersama tersebut dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pagi tadi.

Insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna merupakan suatu kecuaian yang tidak boleh di maafkan. Malah setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa PR merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini.

Dalam hal terbabit PR menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan.

Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka.

“Sewajarnya kerajaan perlu menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.” kata kenyataan bersama tersebut.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Dalam pada itu Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah.

“Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

“Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara.

“Sehubungan itu selurh pimpinan dan pendokong PR merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat,” kata kenyataan itu.


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT


Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP


10 ulasan:

Awanama berkata...

Nampak gayanya strategi najib berjaya kali ni mengalih perhatian dari isu2 politik yg lain. Hampir kesemuar portal tak habis2 bercerita pasal sultan sulu. Hilang segala kisah altantuya, deepak, bala, pru13

PR kena berhati2 dan perlu beringat bahawa umno bukan sebarang penyamun. Umno adalah penyamun yang berpengalaman.

Awanama berkata...

Sidang khas parlimen?, berbincang? mustahil kerajaan BN nak adakan, mereka tak ada alasan utk dijawab nanti.

Awanama berkata...

Panglima Angkatan tentera Malaysia hendaklah meletak jawatan kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara ini! Sesiapa juga yg menyebabkan insiden memalukan negara ini berlaku adalah pengkhianat negara dan mesti dihukum! Mengapa polis yg menjadi korban? Bukankah ini tanggung-jawab tentera?

Awanama berkata...

Kalau dah dasar suka menipu tetap akan menipu juga.Tak usah nak spin la yang nyata pemimpin korang yang bagi janji macam-macam kat lanun tu kalau tak masakan dia orang berani datang ceroboh negara kita.

Awanama berkata...

Nak bertanggung jawap apa budak bodoh rupa najib tu.yang dia tahu ikut bini,curi duit rakyat boleh le

Awanama berkata...

tak payah bawak certa penipu ni.kami pun tak ikut perkembangan ini.tau umno cuba alehkan certa utama ini iaitu PRU.Ini sulu dah bagi duit.Janji tak ditepati.Sulu kata lebih baik mati.Jemput sampai ke sidang umno kemudian boleh dibunuh macam altantuya LE tolong sana tolong sini kemudian bom.Polis yang mati najib buat le muka sedih kononnya prihatin.Yang puncanya dia curi duit sulu janji tak ditepati.

Awanama berkata...

kalo setiap YB ambil tahu @ ambil peduli keadaan kws masing2. x mungkin blh melarat begini sehingga nyawa rakyat melayang.

WarFitnah berkata...

persoalan yg tak terjawab

-mengapa perlu ambil masa yg lama utk atasi masalah di lahad datu? atau cuba alih perhatian rakyat or tangguhkan PRU13?

-apa yg ATM buat? stakat datang sana tinjau kawasan? atau saja2 nak pegi berjalan-jalan ke?

-kenapa polis pulak yg takeover kes lahad datu? habis nak tunggu ramai polis mati baru ATM nak masuk ke?

-yg mati tuu komando2 dan cawangan khas polis tapi senang sangat cara kematian depa2 tuu, mcm dah dirancang. Klu dah dilatih secukupnya pun mati jugak, senang mcm pukul nyamuk je kan.

-Najib, TPM, menteri pertahanan, menteri KDN, ketua polis negara dgn Panglima ATM kena bertanggungjawab atas semua yg berlaku di lahad datu, stakat datang sana teropong sana sini, pastu buat kenyataan kt press Nenek aku pun boleh buat !!!

Awanama berkata...

ATM dah terlibat sekarang, nampaknya ramailah yg akan terkorban, penceroboh juga beragama islam, mereka dtg kerana menuntut sebuah janji yg telah diberi oleh pemimpin kita(PM),sekarang yg menjadi mangsa PDRM,ATM & rakyat yg sentiasa menyokong krjn.

Awanama berkata...

Slogan "Janji Ditepati" UMNO/BN tipu.Janji Najib dengan Sultan Sulu "tidak ditepati" - ikut laporan dari Manila.Akibat munkir janji ni,PDRM kena korban.