30 Nov 2012

[DEDAH] Najib PM Paling Boros Belanja Duit Petronas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan Menteri Kewangan paling boros sehingga memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedah, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas kecuali Najib.

Berdasarkan sumber Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik memaparkan, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Petronas menyumbang dividen pada kadar RM3.1 bilion dari tahun 1992 sehingga tahun 1997.

Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan pula, sebanyak RM9.1 bilion disumbangkan pada tahun 2004, RM11.0 bilion bagi tahun 2005, RM18.0 bagi tahun 2006 dan RM24.0 bilion untuk tahun 2007.

Sementara itu, ketika zaman Najib pula, sebanyak RM30.0 bilion dividen disumbangkan secara konsisten dari tahun 2009 hingga tahun 2011.

“Tatkala Anwar berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan tanpa membebankan Petronas dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10 peratus, Datuk Seri Najib mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang Petronas.

“Hutang negara meningkat lima kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar empat hingga lima peratus sahaja,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Azmin tampil hari ini mempertahankan kreadibiliti dan kemampuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi ekonomi negara ekoran serangan Najib semalam dalam perhimpunan agung Umno.

Jelas Azmin, pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun mengatasi pencapaian Anwar yang berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9-10 peratus dalam tempoh menjadi Menteri Kewangan.

Manakala Najib yang mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sejak tahun 2009 membawa ekonomi ke arah sebaliknya dan menjurus kepada kegawatan sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Selain itu, Najib Razak juga gagal mengatasi masalah hutang walaupun ditinggalkan Anwar dalam keadaan cukup baik.

Azmin turut menegaskan, modus operandi serangan terhadap Anwar mengenai kreadibiliti pentadbiran ekonomi kembali digunapakai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan muflis jika Umno-BN tidak diberikan kuasa memerintah.

“PRU-13 rakyat tetap memilih Pakatan Rakyat. Maknanya rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara dibawah kepimpinan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

“Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak ‘politics of fear' yang dibawa oleh Presiden Umno,” katanya.




4 ulasan:

Awanama berkata...

Najib please letak jawatan kerana jawatan PM ini tidak layak dan terlalu berat bagimu. You better jadi start jadi ketua keluarga daripada jadi PM kerana status mu sebagai ketua keluarga juga fail.

xyztt01 berkata...

Budak sekolah pun pandai kira-kira, mana yang untung atau rugi.

Awanama berkata...

Formula pemerintahan UMNO/BN dah tak boleh dipakai. Jom pakat-pakat pilih Pakatan Rakyat demi menyelamatkan wang rakyat dan harta negara.

Awanama berkata...

Tak payah angka2 tu pun aku tau dah najib tak tau buat keja...dah membesar pun dlm lingkungan kemewahn mana phm perit jerih hamba rakyat...ngabihkan duit dia pandailah sbb dr golongan itulah dia dtg...