1 Dis 2012

"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!


Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.

TETAPI AHMAD MASLAN TIDAK PULA MENGULAS BAGAIMANA CELUPARNYA PM, NAJIB TUN RAZAK YANG TELAH MENGHARAMJADAHKAN PARA PENEROKA, DAN KINI APA YANG BERLAKU IALAH HARAMJADAH ITU BERBALIK MENIMPANYA SEMULA! - GB

Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau punca penurunan harga dari ANAK,kenapa masa nasihat hari tu tak nak dengar??dah jahanam salahkan orang lain...boddo vangang punyer ahmad maslan!!!!

Tanpa Nama berkata...

menteri berlagak pandai..inilah jadinya....bodo x blh diajar...pandai x blh diikut...skrg rasakan...bg peneroka2 yg terlibat...sabarlah byk2. mungkin dugaan dr yg Maha Esa. skrg keputusan di tangan anda.. pilihlah antara intan atau kaca...huhuuu

Tanpa Nama berkata...

kasihan...tergadai ankara BN

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya apabila monyet diberi bunga.

Tanpa Nama berkata...

Berapa banyak duit EPF digunakan untuk beli saham di pasaran supaya dapat kekal pada harga IPO....? Mesti banyak punya...

Kalau tak dibeli, banyak orang menjualnya habis lagi teruklah agak harga tutup Felda tu.

Rakyat jugak kena tanggung, akan jadi macam saham KUB dulu. Tunggu masa aje.

Tanpa Nama berkata...

Dungu pnya org..dlu bega sgt skng nk slh kn pr plk,wahai warga felda masih nk kena tipu lg ke xkn nk tggu sampi tanah tergadai..menteri ni sume dh knyng ape dia kesah..

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat apa reaksi bodoh seterusnya

Tanpa Nama berkata...

Dah la tu bodohkan umno.. sbb mmg kita tau dari bekas bos umno.. yg tinggal dlm umno hanya org bodoh shj..mau saman?? saman che det la dol.

Agak2 ada x idea bodoh dari org bodoh yakni.. pau pokok sawit sime darby dgn alasan nak merge etc.