30 Nov 2012

Pak Lah Perlu Jelaskan Isu Penjual Karpet - Mahfuz

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penjual karpet Deepak Jaikishan yang didakwa ditipu oleh pemimpin Wanita Umno kerana perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan beliau.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri.

“Pak Lah perlu beri penjelasan.... kita percaya semua dalam pengetahuan beliau, kenapa beliau serah kepada (Perdana Menteri Datuk Ser ) Najib (Razak),” kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Deepak sebelum ini mendedahkan pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM 13 juta dengan disertai jaminan RM72 juta jaminan bank dari seorang Ketua Wanita Umno.

Ketua Wanita Umno itu jelas Deepak telah dianugerahkan projek penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

“Seperti ada perjanjian antara Pak Lah dengan Najib,” soal Mahfuz.

Deepak membawa perkara itu ke mahkamah dan dan menamakan Awan Megah Sdn Bhd bersama Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam pendakwaan kerana didakwa menipunya untuk projek tanah bernilai jutaan ringgit. -TMI

Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
-mk

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertikaian begini baik dibawa ke mahkamah biar semua orang tahu cerita sebenar.

GEBU berkata...

Perkara macam ini yang UMNO/BN sangat-sangat takut kalah dalam PRU13. Walau pun dah bersara sebagai PM tapi diminta untuk bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku semasa pemeritahannya.
Sangat molek perkara ini dibawa kemahkamah supaya diketahui umum.

Tanpa Nama berkata...

sekali pandang, raut muka Deepak tak ubah macam muka Najib kan. cuba jengok betul betul!

Tanpa Nama berkata...

Memang seakan2 muka najib razak (nazak) tapi ada sikit lain..si nazak kepala botak dan mata belalak macam penyamun.