30 Nov 2012

Hishamuddin Cuba Berselindung Di sebalik PAU Untuk Tutup Kes Salahguna Kuasanya

Isu dibangkit Musa cubaan alih perhatian dari PAU, kata Hishamuddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

“Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno),” kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

“KDN sudah jawab (isu tersebut),” katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

“Dalam BN kita nak lihat isu besar,” tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang “lemas” dan memerlukan “ranting” untuk berpaut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

“Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini,” kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi.

Musa semalam turut menamakan salah seorang menteri tersebut adalah Hisham yang juga merupakan antara yang terlibat dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

Musa berkhidmat sebagai KPN sebelum bersara pada 13 September 2010.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka. -TMI

Ulasan GB

Apa yang jelas kini ialah respons yang diberikan oleh Menteri Dalam negeri di atas itulah sebenarnya percubaan untuk mengalihkan isu - iaitu isu berkenaan dengan beliau yang telah campurtangan di dalam urusan PDRM sepertimana yang didedahkan oleh bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

Hishamuddin kini cuba untuk menutup isu berkenaan dengan mmengalihkan fokus rakyat kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau juga berkata... "Dalam BN kita nak lihat isu besar"

Kita ingin nyatakan bahawa isu seorang menteri menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri urusan PDRM sepertimana yang didedahkan adalah satu isu yang besar.

Kedua, ia tiada kaitan dengan pembangkang. Isu berkenaan di dedahkan oleh bekas KPN, Musa Hassan yang bukan ahli parti politik mana-mana parti Pakatan Rakyat, justeru tidak timbul persoalan beliau diperalatkan oleh mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal yang kini terpalit dengan skandal dengan Zahida Rafik.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, kedua-dua Naib Presiden UMNO berkenaan akan tetap menerima hukumannya sekalipun cuba untuk ditutup dengan apa cara sekalipun.


Laporan sebelum ini klik untuk baca

3 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Jawab jangan tak jawab, Hisham kaki botol.
Jangan jadi munafikun yang asyik bermain taichi. Jangan cakap yang hang tak pernah buat sedemikian. Dalam perkhidmatan kerajaan, hal ni sentiasa berlaku. Tak payah bohong.
Tak usah ambil PAU sebagai alasan sebab PAU tu bukan boleh dimakan. Tau kenapa? SEBAB PENGISIANNYA PENUH DENGAN FITNAH, HASAD DENGKI, PEMBOHONGAN, DAYUS, PENGECUT, ... Yang pasti perbelanjaan mengadakan PAU tu belum tentu BERSIH. Tak caya, tanya tauke-tauke yang kena "PAU". Rahsia yang bukan lagi RAHSIA.
Teringat aku akan cakap kawan aku. Kalaulah BN kalah dalam PRU 13 ni, kerajaan baru terpaksa menyediakan "ASRAMA" baru bagi pemimpin-pemimpin BN yang akan diletakkan ke dalamnya.

Awanama berkata...

Dah hampir nak ditelanjangkan.

Awanama berkata...

Dulu DSAI kena penjara 6 tahun sebab "berlaku campur tangan dalam urusan pihak polis". Dia disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.Kes liwat ditambah kemudian(atas arahan Mahathir Kutty)bertujuan nak tambah lama lagi DSAI dalam penjara.Sekarang bekas IGP sendiri sudah buka pekong.Nak tengok apa reaksi Gani Patail.