30 Nov 2012

Hishamuddin Didesak Letak Jawatan kerana Campurtangan Dalam Urusan PDRM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak letak jawatan atau digantung tugas dan perlu ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ia ekoran dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hishammuddin campur tangan dalam tugas polis.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan Musa.

“Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini.

Sesuatu harus dilakukan segera,” kata Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan, Norazizi A Aziz.

Musa dalam sidang medianya Rabu lalu, menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa Menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai KPN dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Hishammuddin sebagai antara ahli politik itu dan mendakwa keengganannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Menurut Musa, tindakan Hishammuddin itu bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (KPN) sahaja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Berikutan itu, SAMM dan sekutu akan mengadakan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini.

Ia akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11.

50 pagi ini.

Laporan polis dan himpunan tersebut akan diketuai oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. -KD

9 ulasan:

Awanama berkata...

Kena tunjuk bukti kukuh baru boleh desak sesiapa berhenti. Talk is cheap. PRU13 rakyat masih boleh tukar sesiapa jika perlu. Sabar aje lah, tinggal berapa hari aje lagi.

Awanama berkata...

Sikap menteri mcm ni banyak ditunjukkan dlm filem2 tamil. Akhirnya menteri mcm ni akan dihina oleh rakyat dan dibelasah oleh hero kaw2 punya.

Awanama berkata...

Takde MARUAH!!!!!! Kuasa lebih penting dari segalanya.

Awanama berkata...

Inilah kelemahan menteri-menteri UMNO termasuk PMnya.Satelah lebih dari 50 tahun memerintah depa ingat depa boleh buat apa sahaja,beraja dihati,tanpa menghiraukan undang-undang dan mengenepikan peraturan.Zaman Mahathir Kutty dulu jadi PM lagi parah hingga dia boleh arahkan hakim-hakim mahkamah.Oleh kerana tak siapa berani nak tegur dan buka mulut,dia terlepas.

Andre Irwan berkata...

Mana ada pemimpin Melayu yang sanggup lepas kuasa terutama yang datang dari UMNO? Inilah sampah masyarakat yang harus dimasukkan ke dalam tong sampah.
Memang benar tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Yang bezanya ialah manusia lain daripada Melayu bila didapati melakukan kesilapan terus berundur. Ini tidak, asyik dok guna jari telunjuk dan tunjuk kat orang. Depa lupa yang tiga jari lagi dok tunjuk kat depa. Inilah manusia Melayu yang HARAMJADAH.
INILAH CONTOH PEMIMPIN MELAYU YANG BANGGA DENGAN KELAKUAN MEMINUM ARAK. NAK BUAT MACAMANA, RAMAI MELAYU YANG BODOH DAN BANGANG. MENGHALALKAN YANG HARAM, JANJI MELAYU. DEPA NI INGAT ALLAH SWT ADA MEMBUAT SYURGA MELAYU KOT.

Awanama berkata...

Kalau dia ada maruah dan integriti tentu dia secara sukarela letak jawatan. Biar satu siasatan bebas dibuat terhadapnya.

Awanama berkata...

Tanya juga Mahathir dan najib campurtangan sama juga tak???? Rakyat boleh jawab sendiri

Awanama berkata...

Pak hisham penipu : aku masih ingat masa dia jadi menteri pelajaran...bulan disember di umumkan kat TV "tiada yuran sekolah dikenakan"...tup..tup..tup...januari bulan seterusnya mak bapak kene bayar yuran sekolah...macam tapir lidah ko bercakap....ko lah kaki penipu besar....aku susah nak percaya ko sebab ko pernah menipu....

Awanama berkata...

Hisham telah salah guna kuasa sama juga Anuar dulu tu dikenakan penjara 15 tahun sebab salah guna kuasa. Jadi Hisham boleh dikenakan hukuman salah guna kuasa sebagaimana Anuar dulu tu. Jika demikian bolehlah buat laporan polis dan dakwa Hisham di mahkamah. Kalau tak ada dakwaan atau ditolak jelaslah undang2 malaysia adalah undang2 yg paling haprak dalam dunia ini. Sama2lah kita nantikan.