26 Okt 2012

Lembu Korban Kena Curi

Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.

Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis,l embu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.

Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit

4 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau apa apa yang kena curi kena tanya Najib dan orang orang umno sebab mereka pakar.

Awanama berkata...

Negara aman kata UMNO?

Awanama berkata...

Shahrizat tahu tak lembu ni kena curi?

Osama berkata...

Lembu bodoh la yg curi lembu bangang...spa g!
klau korang tk caya kta sama2 tngok sape yg kena tngkap polis nanti! Gerenti tkde coz kbnyakn kes jnyah ragut2 yg polis siasat mana ada yg kena tngkap? Nahe nahe nahe!
Nak tau nape? Sbabnya saham polis beso dlm industri yg mlibatkn warga asing tuu!