5 Mac 2012

PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media

PAS: Phahrolrazi, Ismail perlu terima jawatan semula

PAS mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah -- Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh -- perlu menerima semula jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Mustafa berkata, PAS "optimis" bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan berbuat demikian bagaimanapun parti itu masih belum mendengar maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Ismail juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut, katanya.

Mustafa juga enggan membuat andaian sekiranya Phahrolrazi dan Ismail tetap enggan mengangkat sumpah sebagai anggota majis mesyuarat kerajaan negeri.

Mustafa juga enggan mendedahkan butiran yang dibangkitkan Phahrolrazi dan Ismail dalam mesyuarat itu, walau terus diasak wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri dalam isu AUKU juga tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tersebut.

"Ia juga tidak ada kena mengena dengan pengagihan kerusi pilihan raya," katanya lagi.

Selain itu, Mustafa berkata PAS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membantu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Kita tidak campur pentadbiran per se," katanya. -mk

Ulasan GB

Gb telah mendapat makluman bahawa Phahrolrazi akan mengadakan sidang medianya petang ini:

Salam. Tuan/Puan dijemput hadir beramai . SIDANG MEDIA . Jam 5 petang ni dirumah YB Dato Phahrolrazi. Kewajipan semua hadir utk mengetahui lebih dekat kemelut yang berlaku. SEBARKAN pd ahli2 dan rakyat supaya semua pakat2 tau. T.Kasih. Wassalam -sedakasejahtera


Ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat, mengulangi kes Hassan Ali yang membuat sidang konferens berkali-kali dengan membelakangkan pimpinan PAS Negeri dan Pusat sebelum beliau dipecat dan setelah dipecat.

Apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, sepatutnya, keputusan itu diterima dengan redha dan hati terbuka, samada suka atau tidak suka, senang atau susah.

PAS Pusat di dalam Majlis Mahabbah sepatutnya mengambil "baiah" dari semua yang terlibat supaya akur dan patuh kepada keputusan yang ditetapkan dan menghalang sebarang press conference selepasnya oleh semua pihak yang terlibat dengan isu Kedah ini.

Jika tidak maka akan terus berlarutanlah isu Kedah ini dan keputusan PAS Pusat itu seperti tidak dihormati dan tidak diambil peduli.

Sebelum Majlis Mahabbah pun, Phahrolrazi telah membuat press conferencenya terlebih dahulu di hadapan media massa yang selama ini memusuhi PAS.

Berulanglah lagi kes Hassan Ali di Selangor dan Abdullah Ubai di Mekah. masing-masing lakukan "press conference" sendiri-sendiri tanpa restu pimpinan. (Abddullah Ubai memanggil para penyokongnya di dalam satu kelompok untuk menentang keputusan Rasulullah saw).

Justeru itu bagi pandangan GB, apabila sesuatu keputusan telah dicapai secara jemaah, sebarang press conference oleh mereka yang terlibat adalah jelas HARAMnya.

Dalil-dalilnya:

Firmanullah:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. An-Nisa': 65


Hadith Rasulullah mafhumnya:

"Adalah menjadi tuntutan ke atas seorang muslim untuk mendengar dan mentaati samada perkara itu disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak diperintahkan berbuat maksiat" (Bukhari & Muslim)

Kaedah Feqah menyebut:

"Seseorang dituntut kerana pengakuannya"

Minta pengesahan sekalian ustaz dan Dewan Ulamak mengenainya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



52 ulasan:

ir kampung berkata...

SETUJU!

Awanama berkata...

Hentah 2 mrka nl berasal drp U m n o ooo tak p/raya dah dekat mrka buat hallll.

Awanama berkata...

Nak buat press conference ape ke bende?

Patut si Phahrolrazi serahkan pada pusat kerana lagi dia buat press confeence ni lagi keruh la jawapnya kemelut yang berlaku.

Mulut2 buaya (musuh politik Pas)sedang menunggu bila la si Phahrolrazi ni nak suapkan makanan free.

Phahrolrazi dalam situasi yang macam ni MINTAK kebenaran dpd Pusat bukan main bantai sendiri2.

Aku nampak dia ni semacam dah tak hormat MB yang ada dan juga pimpinan pusat yang bertungkus lumus meredakan keadaan yg ada.

Kalau makanan yang dihidangkan pada buaya2 ini, maka aku harap BEBENOR, singkirkanlah PARASIT2 ni dari parti semacam mana Hassan Kayu Jati.

Awanama berkata...

Aku tetap sokong MB Azizan.

Kalau dah tak hormat ketua, itu bukan pemimpin aku.

Kalau dah nak mencelarukan lagi kerajaan yang ada disebabkan masalah peribadi sendiri, memang aku akan tentang habis-habisan.

Awanama berkata...

Kalau nak jadi Hassan Aqidah, sila keluar sekarang?

Menyemak aja.
Nak cari simpati la tu. Sebab tu buat lambat2 keputusan. Banyak songeh pulak.

Awanama berkata...

Saya rasa 2 org ini mcm ada gaya musuh dlm selimut......sama mcm DHA....masih ingin gunakan media Umngok bermakna confirm mereka ini mush PAS...
Lepas ni kita akan lihat musuh dlm selimut akan muncul lagi satu persatu...

lijitra berkata...

Macam ni punya orang bukan halang dia dari buar sidang akhbar,pecat saja keahlian dia.Pahrolrazi yg bahlol.

Awanama berkata...

setuju...

shuibsaad berkata...

Setuju dgn semua pndapat di atas. Kenapa pas kuala Kedah kalut sgt ni? Nak jadi hero ka! Keras kepala... Byk lgi program yg perlu di jlnkn oleh pusat, buang masa betul

Awanama berkata...

sahabat semua...tolong jangan hentam keromo ajer..sdgkan kita tidak mengetahui alasan tindakan mereka..kenapa dewan tertinggi parti(dewan ulamak pas neg.)berada di belakang mereka.....buka minda,buka mata..

Awanama berkata...

apa nak jadi ni...

memang jika press conference diadakan, kedua-duanya adalah Abdullah bin Ubai.

begitulah keapda semua pengikutnya.

Awanama berkata...

anon 3:31 menulis

"...kenapa dewan tertinggi parti(dewan ulamak pas neg.)berada di belakang mereka.....buka minda,buka mata.."

Pendusta!

berikut ialah kenyataan sebenar:

Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)

2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.

3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.

YB Datuk Tuan Guru Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.

Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang
Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8516-ulamak-pas-kedah-pertahan-kerajaan-negeri

Awanama berkata...

memang tak layak kedua-dua orang ini berada di dalam jemaah Islam, begitu juga para penyokong mereka.

sah mereka adalah gunting dlm lipatan, musuh dalam selimut, penderhaka dalam harakah.

Awanama berkata...

Anon....teliti kenyataan yg ke 4...hu hu...semua kenyataan Dwn Ulama tak sebut MB pun....lgpun mrk hadir pada PConf. yg lalu......isk isk...

Awanama berkata...

salam,mintak maaf blogger telah mendapat maklumat yang tidak tepat mengenai apa yang sebenarnya dibincang dan diputuskan dalam perjumpaan mahabbah.sepatutnya saudara bertanya kepada tuan tubuh sebelum membuat sebarang justifikasi yang premature,bimbang saudara terjerumus dalam fitnah.

Awanama berkata...

Orang dok sebok nak kuat kan parti sbb PRU13 dah dekat mangkok 2 ekor ni kalut nak rosakkan parti.

Hampeh betul pemimpin cam ni....

Unknown berkata...

anon 3:47

Untuk makluman sdra, semua perbincangan di dalam majlis Muhabbah adalah SULIT dan tidak boleh dibawa keluar dan diberitahu kepada sesiapa.

Maka kenyataan sdra "sepatutnya saudara bertanya kepada tuan tubuh sebelum membuat sebarang justifikasi yang premature" adalah tidak relevan dan tidak menasabah.

Semua yang GB perolehi adalah apa yang terpapar samada di media cetak atau eletronik dan petunjuk ilahi dengan doa yang selama ini GB sering baca:

"tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran....

Awanama berkata...

Kekalahan dalam perang Uhud adalah kerana sebilangan tentera yang diperintahkan oleh Rasullah bertahan di atas bukit Uhud telah meninggalkan tempat masing-masing.

Begitulah keadaannya sekarang, di amanahkan tempat (jawatan), mula meninggalkannya dan buat bising. Musuh sedang memerhatikan untuk membuat serangan balas.

Sedarlah. Belajarlah dengan sejarah.

Awanama berkata...

saya lihat ada kedua-dua orang ini bertambah galak dan jahat kerana ada puak yang menyokong tindakan mereka.

Awanama berkata...

hujjah GB kuat, dengan dalilnya. ia tak dapat disangkal.

ana tak nampak apa-apa yang silap pada tulisan GB.

Awanama berkata...

kalau di dedahkan apa yg sebenarnya..dan apa yg akan dihadapi oleh ker, neg.kedah....maka ramailah yg akan menyokong tindakan 2 exco ini..

anak kedah berkata...

anon 4:09

semua orang sudah tahu. mereka berdua juga yg dedahkan selama ini. tapi orang lbh utamakan kemaslahatan jemaah dari peribadi. orang juga tahu penyokong phahrolrazi nak jadikan phahrolrazi sebagai mb.

tetapi mereka tidak tahu yang phahrolrazi ada syarikat kejuruteraan sendiri yang tak dpt apa2 daripada projek yang diluluskan di Kedah itu.

itu sebab dia ...

lagi byk sebenarnya kami tahu dari apa yang kamu tahu...

Awanama berkata...

betol2 abdullah ubai huhu...

Awanama berkata...

2 ekor ni pun tersepit jugak... dh ludah jilat balik... penyokong pun jadi pusing la cmni tgk gelagat depa..

Awanama berkata...

Ada kemungkinan pada 11 hb.Mac 2012 parliment BUBAR ! sebelum sidang parliment !

PRU 13 jatuh pada 31 hb. Mac 2012 ( Sabtu ) iaitu hari akhir minggu ke 13 pada tahun 2012 .

Awanama berkata...

klu ust. azizan buat perangai mcm org umno, aku sokong kita cuba alih dia, tapi nak alih ada cara, bkn buat cara umno, dedah pekung org, ust azizan manusia, byk silap, tapi dlm byk silap, byk jgk benda baik dia, buat, sbb 2 Allah S.W.T angkat dia jadi MB, sbb 2 dia x penah kalah kerusi sg limau dr 1995 smpi skrg, sbb dlm silap dia, byk lagi baik dia, klu bab projek la kan, klu kontraktor umno buat kerja elok, contoh jalan la, klu dia buat jalan elok, cepat, dpt sngkan rakyat, apa salahnya bg kat kontraktor umno, sapa kerja goverment tau la, projek dr k'jaan, duit lmbt boleh,org umno, byk lama dah jadi kontraktor, sbb 2 depa boleh buat kerja, masalah org pas, pas perintah, buat syarikat mintak projek, tapi mintak duit dulu br buat kerja, sapa nk bg, sistem x kena, kerajaan negeri kedah utk semua org ok, mb utk semua, org bn org kedah jgk, lain la klu kita sapu bersih semua kerusi, nk buat lebih dari kelantan boleh

Mohamad Sukri berkata...

YB Phahrolrazi telah bersama pas kedah sebelum ust Azizan masuk pas tahun 1990(zon kemenangan) dan bertanding di dun Sala(Dun selamat) jadi tak payahlah semua orang buat andaian buruk dan keterlaluan pada YB phahrolrazi,kalau dia disingkir pun dia tak akan tukar kapal

Awanama berkata...

sahabat,

cuba nilai tanpa dorongan nafsu. Ir dan Dr menolak untuk dilantik ke exco kerana mereka mengakui tidak dapat berkerjasama dengan ustaz azizan. Saya percaya mereka melakukan demikian untuk memastikan kelancaran perjalanan kerajaan negeri kerana jika mereka masih didalam exco dikhuatiri mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Jadi mengapa kita perlu maki hamun dan menuduh mereka seperti hassan ali atau abdullah bin ubai ?

Mungkin ada sebab musabab mengapa mereka tidak memberikan alasan kepada tindakan mereka sebagai satu cara untuk menjaga keharmonian dalam jamaah dan mungkin sebagai usaha untuk tidak menjatuhkan air muka sesiapa.

fikir dengan akal dan bukan dengan nafsu. Tidak semestinya apa yang kita pertahankan adalah sesuatu yang benar. Tak semestinya apabila kita membaca doa maka kita telah berada dipihak yang benar.

Untuk para jamaah, berfikir dengan waras dan menilai setiap perkembangan dengan minda yang terbuka dan bukan dengan nafsu.

Wallahuaklam

Awanama berkata...

sejarah islam telah merakamkan hal abdullah ubai, dlm pas dah ada sejarahnya, nakhei (keluar pas) dan hassan ali (dipecat dari pas).

mungkin phahrolrazi akan mengekorinya... ditendang keluar dari pas.

KulimBoy berkata...

Sebagai sebuah gerakan Islam bermaruah, PAS membenarkan ahlinya berbeza pendapat, masing-masing berhak mempunyai pendapat sendiri dan mempertahankan pendapat tersebut, "asalkan perbezaan pendapat tersebut tidak membawa kepada saling tunggeng menunggeng ju**r".
Namun keputusan parti (jemaah) adalah penyelesaian, mentaati keputusan parti adalah kewajipan, sama ada keputusan tersebut menepati selera atau pun tidak. Jika gagal mentaati keputusan jemaah, hanya dua tindakan menanti, "sama ada dikeluarkan oleh parti atau keluar daripada parti secara sukarela.
Dasar asas ini mesti difahami oleh setiap ahli PAS yang bukan si munafiq, dimana dasar ini telah ditetapkan bukan sahaja kepada ahli PAS bawahan, bahkan ahli PAS peringkat atasan. Apa sahaja jawatan yang dimiliki oleh kepimpinan parti adalah milik mutlak ahli PAS, dan ahli PAS berhak menarik baliknya pada bila-bila masa.
Jawatan MB bukan milik Azizan, bahkan milik ahli PAS, bila-bila masa sahaja ahli PAS melalui AJK PAS Pusat boleh menariknya bila-bila masa. Begitu juga dengan jawatan YB atau exco yang dimiliki oleh YB Pharolrazi.
Mungkin kaedah inilah yang tidak diajar kepada beberapa orang pimpinan pusat, seperti Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali. Dimana mereka tersalah sangka bahawa jawatan yang dimiliki sebelum ini merupakan jawatan warisan yang dipusakai oleh datuk dan nenek mereka.
Kalau MB Azizan dan YB Phahrolrazi ingin meneruskan salah tafsiran ini, mereka boleh melakukannya. Mereka boleh mengikuti jejak nama-nama masyhur seperti Asri, Mat Nasir, Hasan Adli, Nakhaie dan Hasan Ali.
Aku sedikit pun tidak hairan, kerana ahli yang bukan munafiq lebih rela maruahnya jatuh daripada partinya rebah, bahkan mereka lebih rela jatuh kedalam lubang jamban taik demi mempertahankan ISLAM dan perjuangannya.
kah kah kah,

tok kenali berkata...

saya telah ikuti banyak tulisan2 GB sebelum ini. dan semuanya terbukti kebenarannya.

Unknown berkata...

anon 4:32 menulis

".... Tidak semestinya apa yang kita pertahankan adalah sesuatu yang benar. Tak semestinya apabila kita membaca doa maka kita telah berada dipihak yang benar..."

Sdra

Kita buat dan tulis apa yang kita yakin kerana setiap apa kita buat dan tulis akan dipertanggungjawabkan.

Kalau tak berdoa kepad Allah nak berdoa kepada siapa lagi?

Yang lansung tak berdoa itulah yang menulis dengan nafsunya!

Carlossani berkata...

bila dh dok dlm jawatan...msti akn ada syaitan iblis yg dtg mganggu kita tk kiralah dlm apa parti pun!!!pcayalah...jika ini yg dipilih jua..nescaya kerajaan akn musnah oleh puak2 sbgini!!!!!

Awanama berkata...

Penipu / pendusta besar golongan penyokong phahrolrazi ini.

Contohnya tulisan DARI KAKI GUNUNG JERAI:

YB Phahrolrazi telah bersama pas kedah sebelum ust Azizan masuk pas tahun 1990(zon kemenangan) dan bertanding di dun Sala(Dun selamat) jadi tak payahlah semua orang buat andaian buruk dan keterlaluan pada YB phahrolrazi,kalau dia disingkir pun dia tak akan tukar kapal

Sedangkan hal yang sebenarnya iala:

Azizan Abdul Razak mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2008 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Awanama berkata...

ni sume ade agenda percayala apsl pusat dok pertahan sgt depa dua ni..pasai apa

waktas berkata...

saya juga yakin gb benar, sama macam kes UG dan Hassan Ali. Ramai serang GB tetapi akhirnya GB jugak yang betol. teruskan perjuanganmu GB.

Awanama berkata...

Anonymous said...
sahabat,

cuba nilai tanpa dorongan nafsu. Ir dan Dr menolak untuk dilantik ke exco kerana mereka mengakui tidak dapat berkerjasama dengan ustaz azizan. Saya percaya mereka melakukan demikian untuk memastikan kelancaran perjalanan kerajaan negeri kerana jika mereka masih didalam exco dikhuatiri mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Jadi mengapa kita perlu maki hamun dan menuduh mereka seperti hassan ali atau abdullah bin ubai ?

Mungkin ada sebab musabab mengapa mereka tidak memberikan alasan kepada tindakan mereka sebagai satu cara untuk menjaga keharmonian dalam jamaah dan mungkin sebagai usaha untuk tidak menjatuhkan air muka sesiapa.


kalau nak letak jawatan letak sajalah, kenapa perlu beritahu semua exco-exco yang lain (utk boikot perlantikan exco)?

kenapa perlu nak dedahkan hal-hal pentadbiran PAS Kedah kepada umum yang sepatutnya boleh dilaporkan secara rasmi kepada parti?

Kenapa buat press conference denagn media pro-UMNO sebelum ini?

Bukankah itu sama sifatnya dengan Hassan Ali?

Satu lagi saya tengok kamulah yang menulis dengan nafsu. Tiada dalil. semua gunakan perkataan "mungkin" saja.

Sedangkan GB menulis ada sandarannya.

Awanama berkata...

tindakan kedua-dua exco ini macam budak2 sek rendah.

cuba baca sini:

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8567-exco-phahrolrazi-ismail-akur-keputusan-pas-pusat

se=krg baru tahu berapa ramai sokong awak dan berapa ramai menentang awak.

kalau 80% kutuk kamu berdua, baru kamu tahu nasib kamu.

konon hendak pemandulah, nak pemantaulah

sedang tindakan kamu berdua sudah byk menyebabkan pas kedah haru-biru

binawe

Awanama berkata...

Pahrolrazi masih dibuai mimpi,berasa cukup kemas dengan para penyokong-penyokongnya.Adakah dia sudah sudah kaji latar belang mereka-mereka ini.Antara mereka ini ada yang bengkrapsi tebus hutang dengan mercedes pun ada,anak perempuan hanya tau ia ada ayah ketika sibapa jadi wali pernikahannya.Ada YB tu songlap duit PAS kawasan yang disimpan untuk buat JAMBAN dimarkas.Ada yang tidak amanah dengan lantikan MKKK PAS Kawasan dia pilih kroni dia .Ada seorang tu jadi kontraktor cleaner kawasan sekolah,hasil kerja macam taik diblacklist,dan PAS dikutuk sehabis-habisnya oleh Pejabat pelajaran negeri.Ingatkan orang PAS Amanah kerja mesti best Hasilnya macam pandi kutti.PAS kuala kedah la ni lesu,kutipan derma disatu majlis ceramah cuma 72 inggit.Tu pun bercita-cita nak jadi MB.Sedarlah segera sahabat-sahabat sekelian,Jauhi diri dari kaum-kaum munafiq ni,supaya kita terselamat dari jilatan api neraka.

Awanama berkata...

Anon 3.36pm,
Baca betul-betul kenyataan bersama Dewan Ulamak PAS Pusat dengan Dewan Ulamak Kedah: Yang dipetahankan ialah Kerajaan PAS Kedah bukan MB Azizan.Kerajaan PAS Kedah bukan Azizan seorang.Siapa pun boleh jadi MB Kedah asalkan Kedah diperintah oleh PAS.Kenyataan itu juga menegaskan: Dewan Ulamak setuju menggantikan pemimpin sekiranya ada pemimpin yang mendatangkan masaalah.
Baca betul-betul bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat.Kalau Dewan Ulamak sokong 100% Azizan,sudah pasti dalam kenyataan itu,Nama atau Jawatan MB disebut.

Awanama berkata...

anon 5:42

Kerajaan PAS itu diketuai oleh Ust Azizan ler.

Takkan sokong kerajaan kedah yang dipimpin oleh dua exco yang menentang MB kedah????

Kenapa bebal sangat?

Dan yang nak ditukar

"Dewan Ulamak setuju menggantikan pemimpin sekiranya ada pemimpin yang mendatangkan masaalah"

yg menimbulkan mmasalah ialah kedua-dua pelekok yang menimbulkan masalah itu.

Awanama berkata...

Weiiiii...
Apa kalut2 ni.
Hujan dah renti la....

La ni semua dah OK.

Hanya UMNOpurno ja yang kalut sbb dh terkena banjir...
Ha..ha..ha....

Tak nak tolong UMNOpurno ka?
Dah tinggal nyawa ikan dah...
Siap mintak tolong....
Siap mintak maaf....
siap merayu TOLONG pangkah BN.
Ha..ha..ha..

Ipin Global berkata...

Apa Pas Pusat buat? Hah!! Knp msh x selesai lgi ni.. Kalu isu ni isu Kedah aku x heran sangat.. Tapi isu ni smpi bilik gerakan aku pun dah jdi kecoh psl ni..Org suh dtg bilik gerakan buat kerja diaorg sibuk bincang psl ni.. Kerja x jln.. PRU dh dkt.. Nk marah kang diaorg kata aku x prihatin mslh dlm parti..Problem tul lah.. Mintak lah Pas Pusat buat tindakan tegas..Mahabbah kepala hotak apa kalu smpai skrg x selesai..Kat kedah dh xda org ke yg bleh jd MB / Exco? Kalu dh xmau jawatan exco xpyhlah nk kecoh.. lantik jelah org lain..
Aku sokong GB.. Apa yg GB utarakan tu ada benarnya..Allahuakbar!!

Awanama berkata...

Aku kalau tak sebulu dgn ketua aku memang aku CABUT dah.

Buat apa nak tinggai. Buat sakit kepala saja.

Lagipun kalau aku terus berada dan terus tak sebulu, macamana bos aku nak jalankan kerja. Lagi kacau.

Nanti dua2 jadi BENGONG.

Awanama berkata...

Kalau dua2 BENGONG ada muka yang nak kena baling kasut tu..

ha..ha..ha..

Awanama berkata...

Ir Phahrorazi,
kita sama2 bljar kat u dulu, skrg kita sama2 dah berusia, dah bercucu ... sama2 suka pada perjuangan Islam,
cuma bezanya u fames, ana tak, u Dato, ana tidak.

Jangan le melayan media2 meloya & UMNO tuuu.. ana tau u suka PAS. Ana doakan kesejahteraan u sekeluarga.

ybirdr berkata...

tak mau terima jawatan exco, bunyi seakan down to earth, merendah diri, tapi, away yang hangpa hasut@paksa orang lain jgn terima?? hangpa nak tengok kjaan negeri xdak exco? kan pincang tu?? bila pincang, senang hangpa habaq itu salah MB... hangpa sedaq tak itu sabotaj hangpa...

Awanama berkata...

Hati marah punya pasal sanggup menghulurkan kepala ke mulut singa.....

Samdol betul...

shuibsaad berkata...

Kisah 2 exco ni buat aku cukup sedih. Cara depa buat tak betoi wlau pun depa bg brbagai2 alasan skali pn & aku dh tak respect lg kat depa, kesian kt ajk pusat & tok guru kna msyrt smpai 3 pagi.

Awanama berkata...

Azizan makin uzur patut ganti dengan amirudin

Awanama berkata...

benar, sepatutnya press conference Phahrolrazi tidak wajar diadakan samada sokong atau tidak, kerana keputusan itu sepatutnya disampaikan terus kepada PAS Pusat/YB Salehuddin.

Press Conference itu seolah-olah mahu tunjuk satu negara kononnya mereka ada kuasa menentukan menerima atau menolak, kononnya mereka lebniih tinggi drp PAS Pusat.

Saya tak tahu ilmu Islam mana yang mereka belajar boleh bersikap demikian, lansung tidak ada perasaan tawadu' dan merendah diri dan menghormati kepimpinan PAS Pusat.

Sudahlah menyusahkan jemaah/parti sehingga seluruh AJK terpaksa ke Kedah.

Saya harap mereka akan "diajar" Allah satu hari nanti bab supaya beradab dan tidak biadab. Biar mereka tahu langit tinggi rendah dan siapa mereka yang cuba tunjuk lagak sombong dan angkuh.

Awanama berkata...

depa takmau nk jd exco no gaji ok elaun ok kerja ok belakun aja tu , sebenar nya dok idam nk jd MB kot, sabar la sat , hempa bulih la juga berpolitik masok duit, kami ni satu sen pn haram ,tp awas no kalau ttkda kami hempa pun taktau dok tangmana