26 Okt 2012

Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai

ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.

Kangar – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.

20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam. -Kosmo

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benarlah peringatan dari Allah kalau manusia tak mau ikut jalannya tunggulah saat bala yang tiba satu persatu sampai manusia dah jadi lesu mana tidaknya setiap hari ada saja macam macam musibah.

Tanpa Nama berkata...

Kejam...sangat Kejam...
Alfatihah utk bayi itu
Masyarakat menuntut keadilan bg si bayi yg sepatutnya mendapat jagaan dn kasih sayang drp yg melahirkannya...

Osama berkata...

Jenayah di Malaysia hnya skadar prespektif mnurut kaca mata Mentri Dlm Ngri Dato Hishamudin!

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi dah dengan negara M'sia ini?? Kerajaan UMNO fail dalam menjaga kebajikan dan mengatasi masalah sosial golongan remaja. TUKAR jangan tak TUKAR demi kebaikkan anak kita supaya masalah ini dapat dikurangkan bukan dibiarkan dia menjadi parah seperti mana kerajaan UMNO buat.