10 Okt 2012

Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soalan Peguambela

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

10 ulasan:

Awanama berkata...

Apa shahlizard perlu buat ialah panggil mahataik beri keterangan. Mahataik akan kata shahlizard adalah menteri yg sangat dipercayai dan tidak akan melakukan sebarang penyelewengan. Habis cerita menang kes saman RM100Juta.

Amuraria berkata...

tak boleh nak selak dah ...lengan dia ! ABU !

Awanama berkata...

putih melepak la kulit mak jat dek terkezut kena terjah soalan berbisa peguambela....

Awanama berkata...

ShahLizardt sudah cakap muhong d mahakamah... ABU.. Kuboqkan ameno PRU13 nnti..

Awanama berkata...

Wow! Perkataan baru muncul shahlizard

Awanama berkata...

kak
ijat dah tak tau bersilat ke? kat luar mahkamah siap sinsing lengan ye?

Awanama berkata...

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Sekarang baru kau rasa tertekan shahrizat? Ini baru mahkahmah dunia belum lagi mahkahmah di akhirat yang hakimnya ialah Allah S.W.T. Saya tak dapat bayangan apa tekanan ditimpa beliau apabila berhadapan dengan mahkahmah di akhirat kelak. Wallahualam.

Awanama berkata...

Sebagai seorang lulusan peguam, malulah tak faham soalan dan tak tahu nak jawab soalan peguam defendan.

Semasa jadi menteri pandai pula nasihat orang dalam bab rumah tangga.

tanda soal berkata...

atas dunia dah kene kunci lidah.. esok2 kena lagi.. tunggu la balasan dari ALLAH..

Awanama berkata...

Anak ko kerja apa kat phileo damansara....ko pun tak tahu.??? Mak jenis apa ko ni??Itu hal dalam rumahtangga ko...lantak ko lah...tapi bila ko menjawat jawatan menteri wanita,apakah ko pun tak tahu tentang pembangunan wanita di malaysia ini?? Kalau TIDAK jugalah jawapan yang ko cakap.....maka aku tak heranlah kenapa kat malaysia ni kes sosial terlalau membimbangkan....seks bebas,buang anak mcm buang sampah...macam macam lagilah yang semuanrakyat dah tahu.....shahrizat,ingatlah,umur ko untuk hidup munkin lebih pendek dari umur yang ko dah hidup,org kata dah meningkat kealam senior dah.....balasan Allah tak lama lagi menanti ko di sana.