10 Okt 2012

Kes Nasya (1) : Nasya Takut Dengan Doa Orang Kristian?

DAP S'wak: Dakwa doa 'Msia jadi negara Kristian' berniat jahat

DAP Sarawak menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bahawa bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.

Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.

Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.

"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. -mk

Nasha dakwa ada pihak anjur doa 'M'sia jadi negara Kristian'

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian.

Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
-mk

Ulasan GB

Dakwaan Nasya itu pun tidak disertakan dengan bukti, sama seperti kes Hassan Ali dulu yang mendakwa usaha mubaligh Kristian yang kononnya berusaha memurtadkan umat Islam. Apabila didesak kemukakan bukti, ditunjukkan video yang lansung tidak ada standard dan tidak berkredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.

Hanya sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan boleh direka oleh sesiapa. Dan apatah lagi wajah orang yang membuat pengakuan tidak didedahkan kononnya di atas alasan keselamatan.

Begitu kes nya dengan dakwaan Nasya. Mana buktinya? Bila tiada bukti maka anda perlu bertanggungjawab dan menjadi hak umat Kristian mengambil tindakan undang-undang ke atas anda.

Katakanlah betul orang Kristian berdoa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, ia adalah menjadi hak mereka - tiada siapa boleh menghalang doa seseorang yang lain.

Mengapa Nasya timbulkan hal ini? Mengapa fobia sangat? Sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt, mengapa Nasya kelam kabut (atau sengaja wujudkan suasana kelam-kabut?) sedangkan semua orang tahu bahawa umat Kristian berdoa kepada Tuhan Jesusnya, konsep ketuhanan yang samasekali tidak sama dengan umat Islam! Apakah Nasya turut beriman dengan Tuhan Jesus sehingga begitu kalut dengan doa mereka?

Musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal namanya, pernah berdoa dengan bergayut pada kain Kaabah untuk menghapuskan Islam, pun tidak pernah Nabi Muhammad menghalangnya. Tidak pernahkah Nasya membaca kisah itu?

GB melihat ada agenda di belakang dakwaan Ustaz Nasya ini. Ia mirip dengan dakwaan Hassan Ali satu ketika dulu. Dan seperti ada pihak yang mengaturkan supaya Nasya membuat pendedahan bodoh tersebut.

Kata-kata bahawa Nasya menjadi tablibarut UMNO nampaknya menjadi semakin benar dan Majlis Syura tidak boleh lagi bersikap pasif dan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasnya. GB sudah kemukakan dahulu supaya Nasya dilucutkan keanggotaannya dari Majlis Syura, atau setidak-tidaknya memberi amaran keras kepada beliau.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

13 ulasan:

Awanama berkata...

Gb..majlis syura bermuzakarah. Kalau ikut pendapat semua orang, hancur. Berkat ada kalau syura. Jgn ikut akal engkau.



- sah engkau tak keluar tulisan aku

Awanama berkata...

Inilah kerja puak UG bertujuan memporak-perandakan Pakatan Rakyat.Beberapa hari lalu,Stopa Ali buat komen tentang Azmin.Ehwal rumah tangga Keadilan pun Stopa nak campur tangan.Nasa memang tak sebulu dengan DAP,jadi tak payahlah UMNO kerja keras sebab puak UG dalam PAS akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.Nak tunggu apa Harun Din kata pulak.

Awanama berkata...

Tengok gaya Nasha saja nak buat aniaya supaya Pakatan Rakyat kelam kabut. Biasalah, munafik ada di mana mana saja. Apa nak takutkan Doa si Orang Kafir, kalau kuat iman dan kepercayaan dalam agama Islam. Perangai macam orang hidup tinggal bawah jambatan saja, jagalah nama baik keluarga jika tidak nama sendiri.

Awanama berkata...

anon 9:38

Majlis Syura yang lepas tidak lansung membincangkan hal Nasharuddin!

Awanama berkata...

Orang Islam tiap - tiap hari berdoa dalam pelbagai majlis, orang bukan Islam tak kecoh pun. Ke ada fatwa baru, kalau nak berdoa kena minta permit dari Nasha.

Awanama berkata...

Suruh DAP sarawak tu saman Ustaz Nasha. Kita nak tengok ketelusan. Tak boleh le harap Pas ambil tindakan, itu tidak telus. Pas tak terlibat dalam isi ini, Dap kena sama direct Ust Nasha kalau dia bebohong.

Awanama berkata...

Nasya tak perlu dibuang parti secara rasmi kerana akan jadi kecoh seperti yang dilakukan oleh Hasan Ali sebelum pilihan raya. Cuma jangan calonkan dia lagi sebagai calon PAS dalam pilihan raya akan datang. Dengan ini dia akan keluar sendiri dari jemaah PAS. Pemimpin lain dan penyokong PAS masih ada.

Awanama berkata...

Nasya ni lebih yakin doa orang kafir akan dimakbulkan Allah daripada doanya sendiri????

Awanama berkata...

bukannya masalah takut pada doa kristian makbul, tapi mengharapkan agar agama kristian diberi lebih banyak kelebihan dalam majlis pakatan, itu yg dia tak setuju.. anda pula bagaimana?

Awanama berkata...

anon 11:40, itu sebab Presiden PAS suruh org Melayu beri sokongan kepada PAS supaya PAS boleh menerajui PR dan dengan sendirinya tiada igauan buruk spt yg kamu warwarkan itu berlaku.

nak harapkan UMNO? itu k-pop j-pop okay ker?

Osama berkata...

Rapatkan saf perjuangan skali pun ada biduk melantunkan ombak membadai pantai!
Aku optimis ustaz nasya akan di pecat!
Aku boleh brsabar krenah nasya ni cuma aku tak senang keadaan ini! Lebih baik pecat dia skarang sblum membarah dlm jamaah!
Majlis Syura', ambil tindakn segera! Usah gentar dgn nasya & puaknya! Keutuhan PAS bukan krna nasya seorang tpi krna penyokong & pendokong parti yg brsama istiqmah perjuangkan yg haq & menyingkirkan kebathilan!

Awanama berkata...

Malu nya....mana nak letak muka, Org kampung kata, dah la ustaz, ahli syura pulak tu tapi Akhlak tak ada.cakap bab perjuangan islam, bab dakwah tapi .boleh senang2 fitnah orang bukan islam, mana AKHLAK Islam nya Al USTAZ al SYURA..Nabi berdakwah dgn Akhlak sekali dan ramai bkn islam trtarik dgn akhlak nabi n sahabat nabi dan masuk Islam....ini bawa sifat yg menjauhkn Non Muslim dari Islam....camne boleh tuduh2 tanpa bukti...Ahli Syura pulak tu...

Awanama berkata...

Kah Kah Kah....kalau ada sorang ni pun dah buat malu syura..syura tu bdn trtinggi yg mana ahli2 agama dan sepatutnya ada akhlak cara agama yg duduk di situ..kalau macam ni ahli syura pe, kalau senang2 je buat fitnah, kat bukan islam pulak tu...mana akhlak nya ahli syura yg mana sepatutnya tenguk akhlaknya je, non muslim trtarik pd islam