20 Okt 2012

Isterinya Dilarikan Lelaki Setelah Bekenalan Melalui Facebook

Jempol - Seorang suami terpaksa membuat empat laporan polis membabitkan kehilangan anak dan isterinya dipercayai mengikut seorang lelaki pada 15 Oktober lalu.

Bapa tiga cahaya mata, Mohd Salleh Hussin, 54, berkata, tidak menyangka isterinya hilang bersama seorang anaknya, Nuralia Nadira,3, ketika keluar membeli barang di pekan Bahau pada 15 Oktober lalu.

Menurutnya, sebelum ini isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28 akan memaklumkan kepadanya sekiranya pulang lewat.

“Namun, sehingga jam 7 petang dia masih tidak pulang. Dalam keadaan kelam-kabut dompet saya pula hilang pada hari yang sama tetapi tidak saya endahkan sebab sibuk mencari isteri dan anak.

“Kemudian, saya cuba hubungi isteri namun tidak berjawab.Esok harinya (16 Oktober) saya pergi ke bank untuk keluarkan duit menggunakan buku sebab kad pengeluaran wang automatik (ATM) hilang bersama dompet.

“Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai bank memaklumkan saya telah mengeluarkan duit kira-kira RM5,004 bermula jam 7.14 pagi pada 15 Oktober lepas, secara berulang di tempat yang sama iaitu dekat Petronas, Serdang Raya, Selangor,” katanya.

Menurutnya, dia juga dimaklumkan melalui kamera litar tertutup dekat kawasan itu, bahawa terdapat seorang lelaki mengeluarkan wang pada 7.14 pagi dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aerobik.

“Saya terpaksa menyekat semua kad ATM bagi mengelakkan duit saya terus dikeluarkan dan saya mengesyaki isteri yang mengambil dompet itu.

“Saya difahamkan daripada keluarga terdekat bahawa isteri saya ada mengenali seorang lelaki melalui telefon kemudian berhubung melalui laman sosial Facebook... jadi, saya percaya perkara ini ada kaitan dengan kehilangan mereka.

“Namun, saya harap sangat lelaki terbabit serah diri dekat balai polis terdekat dan berharap supaya isteri dan anak pulang semula ke rumah,” katanya.

Mohd Salleh berkata, orang ramai yang mengenali atau melihat isterinya dan anaknya diminta segera menghubunginya di talian 019-2041301 atau 06-4692800.

Tambahnya, dia bersedia berbincang dengan isterinya secara baik berhubung perkara terbabit selain tidak mahu hal itu berlarutan terlalu lama.

Untuk rekod, laporan pertama, Mohd Salleh membuat repot mengenai kehilangan dompet berisi pelbagai kad bank; repot kedua mengenai kehilangan isterinya; repot ketiga mengenai duit dalam akaunnya hilang dan keempat mengenai menjejak panggilan keluar masuk nombor telefon isterinya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teknologi yang disalahgunakan maka inilah jadinya. Jadi apabila kita ingin guna apa jua teknologi baru biarlah ia kearah kebaikkan bukan kearah kemaksiatan seperti yang berlaku keatas isteri beliau.

Tanpa Nama berkata...

Isteri dia muda sngat banding dia.
(tu aje komen ambo jang)

Tanpa Nama berkata...

Orang Perempuan zaman sekarang mudah sangat diperbodohkan sehingga sanggup tinggalkan Suami.... Ada yang gilakan jantan Nigeria, macam2.

Tanpa Nama berkata...

Dunia oh dunia..macam2 hal..simpati aku terhdap pakcik ni..moga dia byk bersabar dan kuat semangat dgn dugaan mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

semuanya kerana bertuhankan kebendaan dan berkiblatkan wang! Maha suci ALLAH