20 Okt 2012

[PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

INO berkata...

Happy la PR... Hmmm...

Awanama berkata...

eloklah pemimpin bacul dan lemah turun digantikan dengan pemimpin yang cekal dan konfiden untuk menerajui negara. zaman modern kini tidak boleh membodohkan rakyat lagi, bukan masa nya. kalau pemimpin intu bodoh, bodohkanlah anak bini serta keluarganya sendiri. tak baik nak membodohkan 28juta rakyat. tak perlu untuk meminta rakyat mengesah pemimpin bodoh itu sendiri dapat melihat muka bahalolnya dalam bilik air, dan tahu akan kelembapan otaknya.

elok juga, kerajaan barisan nasional pencen sebab semuanya buat habis beras aje....posah IWK bersihkan bik bik mereka!

tahniah Pakatan Rakyat, pasaran saham mesti akan naik semula dengan pertambahan pelaburan antarabangsa yang yakin dengan tahap intellektual ahli ahli pemimpin Pakatan Rakyat. beza BN dan PR dalam kualiti otak intellektual bagaikan Lori Sampah Alam Flora (BN) dengan Audit Repot AG 2012 (PR).

Amuraria berkata...

kasi tukar segala pemimpin pengkhianat negara,penyeleweng,samseng,kaki kelentong & apasaja yang boleh diimaginasikan, sekutu apco sudah lama perlembu & perbodohkan rakyat malaysia sampai terlampau kaya semua kroni & sanak saudara,kita tidak dengki jika kaya dengan jujur & ikhlas tapi seleweng & perlembu rakyat amat haram jadah ! ABU !

Awanama berkata...

Its too late...Kata DSAI. Itu kata-kata keramat. Pemimpin Sabah pun sudah boleh berfikir secara rasional, tidak seperti dahulu. Kalau dulu Sabah merupakan "fix deposit" bagi BN. Maka sekarang lu fikirlah sendiri. Kita jangan takut pada perubahan, itulah "Hijrah" nama nya.

Sykadeer.

Awanama berkata...

TUKAR jangan tak TUKAR. kita tak boleh terima kerajaan yang gunakan ajaran dan amalan Yahudi dalam pemerintahan. Amalan Kronisme dan Monopoly adalah amalan orang Yahudi yang tidak boleh sama sekali kita ikut tapi UMNO bukan sahaja amalkan bahkan minta lagi khidmat nasihat dari APCO dan George Soros. UMNO tak jauh beza pun dengan Yahudi. Jomlah TUKAR, jangan biarpun Yahudi bertopengkan UMNO memerintah lagi M'sia.

Awanama berkata...

dah lama dah eloklah berubah

Awanama berkata...

Kereta dah buruk manakala pemandunya dah tua hampir nyanyuk. Tukarlah kepada kereta baharu pula.