16 Okt 2012

[GILA] Bilik Kebal Rahsia Besar Simpan Perabot Lama - Laporan Audit

JJabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam menerima teguran daripada Ketua Audit Negara kerana menyimpan perabot lama di dalam bilik kebal yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan dokumen rahsia besar.

"Perenggan 58 Arahan Keselamatan antaranya menyatakan dokumen terperingkat Rahsia Besar merupakan dokumen yang perlu disimpan di dalam bilik kebal atau peti besi yang sepatutnya dipasang dengan kunci tatakira."

Bagaimanapun, lawatan Audit ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mendapati bilik kebal yang disediakan tidak digunakan mengikut fungsi bilik berkenaan.

"Sebaliknya, bilik tersebut telah digunakan untuk menyimpan perabot lama, peralatan pembersihan dan bekalan pejabat seperti ditunjukkan dalam gambar berikut," laporan itu dipetik.

Dokumen itu menyebut, amalan itu dikesan berlaku di kompleks Kementerian Dalam Negeri yang baru siap dibina pada Mac lalu di Johor bagi mengumpulkan kesemua agensi kementerian tersebut di bawah satu bumbung.

Laporan itu menyebut, jumlah bilik kebal tidak mencukupi untuk kegunaan jabatan lain di kompleks kementerian tersebut, menyebabkan dokumen terkawal disimpan di stor utama.

Ia antara lainnya mendapati, stor utama pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak sesuai kerana berada di laluan paip kumbahan, dan tidak dilengkapi kemudahan mencegah kebakaran.

Stor yang digunakan Jabatan Imigresen Malaysia pula, menurut laporan itu, hanya berdinding kaca tanpa dilengkapi jeriji besi.

Maklum balas kementerian itu kepada jabatan audit pada Jun lalu menyebut, bilik kebal berkenaan telahpun dibersihkan.

Daging kerbau, makanan luput tarikh di kantin sekolah

Kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh kementerian.

Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.

Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.

Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.

Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di 21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.

Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco Tiger.

Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak Mibo.

Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.

Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.

Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.

Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja..
Seorang pengendali kantin sekolah di Selangor menggunakan bahan perasa makanan yang tidak digalakkan, manakala pewarna dan perisa minuman digunakan di sekolah-sekolah di Johor.

Seorang pengendali kantin sekolah di Sabah pula didapati menghidangkan mi kosong tanpa sayur-sayuran, dan ini melanggar kontrak, manakala yang lain menggunakan bekas memasak yang berkarat dan dimasak di kawasan yang kotor.

Dalam reaksinya, Kementerian Pelajaran berkata ia akan menyiasat perkara itu dan memberi amaran terhadap pengendali kantin terbabit dan mengambil tindakan terhadap mereka jika tidak terdapat sebarang peningkatan.

"Kementerian mengambil perhatian serius. Menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak terpakai merupakan satu tindakan penipuan.... pihak kontraktor telah diberi peringatan tegas bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Pihak sekolah telah membuat teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan pnggunaan bahan serta perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan minuman di sekolah.'

Mengikut kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan kepada murid.


6 ulasan:

Awanama berkata...

Biasalah kalau tender bgi kt kroni2 yg sejemput dari juta2 tulah utk makanan expired,tak berkualiti yg lebih murah, buat org sakit perut. Yg lebih diorg sapu.Tulah budaya samun BN/UMNO tak kira apa bentuk tender projek kemudahan atau menyeksa rakyat

Osama berkata...

Hanya UMNO BN je yg mampu tadbir Malaysia weh!
Hebat sipenyamun2 Umat Melayu Naif Otak kroni Be End tu eak? Hak anak2 rakyat Malaysia tergamak mreka sakau kaw kaw tuuuuh!
Syabas Ketua Audit Negara!
Nyatakan dgn benar wlau pekara tu salah, sekali pun di Negeri2 PR usah diselindungkan!
Tahniah Jabatan Audit Negara.

Awanama berkata...

Guru besar/pengetua serta pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah asyik bermain politik UMNO tanpa membuat pemeriksaan di kantin sekolah.

Awanama berkata...

akta OSA untuk sembunyi maklumat?????

Awanama berkata...

daripada bilik tu kosong.. baik diorang simpan barang lama.. haha

Awanama berkata...

Agaknya Ketua-ketua jabatan berkenaan tak faham apa gunanya Bilik Kebal.Boleh minta Big Mama beri kerusus bagaimana nak gunakan Bilik Kebal.