16 Okt 2012

[BERGAMBAR] Siling Lpgn Terbang P.Pinang Runtuh, Guan Eng Kecam Menteri Pengangkutan


George Town: Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera, Isnin, BERNAMA dipetik.

Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.

"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi, Isnin.

Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam laman sosial fbnya mengecam Menteri Pengangkutan dan memintanya memberikan Pulau Pinang sebuah lapangan terbang yang boleh dibanggakan bukan yang boleh memalukan. Beliau berkata dengan kos RM250 juta, wang tersebut hanyut ke longkang jika ia tidak di belanjakan dengan betul.

Lim menyuarakan kesalnya dengan kejadian kebocoran yang besar di lapangan terbang pagi semalam.

Beliau mahu ibupejabat Malaysian Airport Berhad mengambil perhatian dan mendesak para pengarahnya datang ke Pulau Pinang memandangkan kejadian yang berlaku adalah serius. Lim menegur Menteri Pengangkutan supaya tidak hanya mengambil berat mengenai hal-hal nombor plat kereta dan kamera saman automatik, tetapi perlu melaksanakan kerjanya seorang menteri pengangkutan.

"Anda boleh lihat sendiri betapa seriusnya situasi ini," bentak Lim dengan menunjukkan beberapa keping gambar terhadap insiden tersebut.

8 ulasan:

Amuraria berkata...

ada masyuk kot itu menteri angkut ? barua-barua dipusat mana ada ikhlas buat kerja ? kira mau rembat & sauk kot ! ABU !

Awanama berkata...

Ha ha... Lu orang tak tau ke.. ini kontraktor same yang ubahsuai parlimen yang bocor dulu... Confirm kroni neh....

Kuang..kuang..kuang... LOL

sEtuLusQasiHku^_^ berkata...

Standat...kat mahkamah kl,cer tanya staff sana bape puloh kali dah syiling runtuh..??

Awanama berkata...

runtuh runtuh runtuh tak kan dah melarat dari timur sampai barat

Awanama berkata...

petanda bn akan runtuh la tu...!!!

Awanama berkata...

Ultraman kasi fire kot..ha ha ha






Awanama berkata...

macam BN juga dah nak runtuh

Awanama berkata...

Stadium runtuh,siling Parlimen runtuh,siling sekolah runtuh,bilik makmal sekolah runtuh - berapa banyak punya runtuhlah.Ini semua kontrektor-kontrektor UMNO dan kroni.Tak percaya sila siasat.