19 Jul 2012

Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta

Batal saman: Mahkamah tolak permohonan Papagomo

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya.

Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan.

Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan.

Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif.

Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan.

Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana.

Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail.

“Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan,” kata Hisham. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






10 ulasan:

Awanama berkata...

Habis le kau mamak tamil, kalau takde duit masuk penjara le nampak gayanya.

Amuraria berkata...

alhamdulillah dajjal umno-apco ni baru bertemu ruas ! ada sapa-sapa tau mana barua ni tinggal di penang ?

Awanama berkata...

Hang dok pinang rupanya masalah melayu pulau pun hang tak boleh nak settle hang
Layak jadi batu api je

Waris berkata...

Dalam penjara nanti kau tadah je lah bontot kau untuk diliwat oleh banduan lain.

Kalau dapat tempatkan makhluk perosak ni satu sel dengan banduan nigeria. Baru dia tau liwat tu apa...

Perli berkata...

Ala last last selesai luar makamah juga...tunggu dan lihat je

Awanama berkata...

YELA....dya kan barua lahanat umno msti senang pnya.....2 yang dai x kisah labur fitnah....cam nie ka umno nak mentakbir negara....?????
layak ke???
boleh ke???

Awanama berkata...

tipulah dia tinggal di penang..aku selalu nampak dia minum di restoran siti zubaidah danau kota/

Awanama berkata...

Padan muka dia. Haprak.

Awanama berkata...

di ni bukan org penang...dia org johor ni..dulu dia polis...mlm berniaga dekat uptown danau kota gombak dgn bini dia..dengar kata bini dia cina mualaf

Awanama berkata...

Huh...dia yg kena tamparan maut dulu...