19 Jul 2012

Mahathir, Dunia Tahu Kamu Memang Seorang Diktator, Usah Dolak-dalik!

Mahathir kini cuba untuk mengelak label bahawa beliau seorang diktator sekalipun satu dunia sudah mengenalinya bahawa beliau memang seorang dikator!

Gambaran sifat autokratik Mahathir telah ditunjukkannya sejak beliau berkuasa pada tahun 1981 terutamanya pada akhir tahun 1980an ketika kedudukannya tercabar. Sejak 1980an, hubungan eksekutif dengan cabang-cabang kerajaan yang lain yang wujud dalam sistem demokrasi moden telah mengalami perubahan yang besar, akibat dari tindakan Mahathir selaku Perdana Menteri.


Pertama: Sejarah membuktikan bahawa kedaulatan dan kemuliaan raja-raja Melayu selaku ketua negara dan ketua negeri dilanggar oleh mereka yang hari ini beria-ia mempertahankan kedaulatan raja-raja.

Dalam ucapan di Parlimen pada 18 Januari 1993, Perdana Menteri pada waktu itu, Dr Mahathir meniup api kebencian rakyat terhadap raja-raja Melayu. Beliau mengugut untuk menghapuskan terus sistem beraja yang sedia termaktub dalam Perlembagaan.

“Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan,” kata Mahathir.

Seterusnya Mahathir, dengan sokongan Kabinet Umno dan BN, meluluskan usul imuniti raja-raja Melayu dilucutkan sekaligus memusatkan lebih banyak kuasa kepada eksekutif.

Kedua, Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan Mahathir.

Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa, Dr Mahathir mahu meminta Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan – satu peruntukan mengenai pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan kehakiman dan kerajaan.

“Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya,” kata Azmi.

Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak “membunuh dua ekor burung dengan seketul batu”.

“Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya,” tambah Azmi.

Ketiga, Seterusnya penyalahgunaan peruntukan I.S.A yang memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menahan sesiapa sahaja tanpa bicara digunakan dengan sewenang- wenangnya terhadap musuh-musuh politik Mahathir terutama sekali dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.

Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih
.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Keempat setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, Mahathir dengan niat jahatnya menyekat pembangunan ke Kelantan. Beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri menghukum rakyat Melayu/Islam Kelantan kerana menolak UMNO/BN. Dengan menafikan konsep federalisma, beliau tidak segan silu membuat kenyataan yang mengakui bahawa partinya memang sengaja menyekat pembangunan di kelantan untuk mendapatkan semula sokongan terhadap UMNO/BN. (Rujuk video di bawah)

Kelima Lebih buruk lagi selepas PRU12 pada tahun 1999, apabila terengganu turut jatuh ke tangan PAS, Mahathir selaku Perdana Menteri telah tiba-tiba merobek dan menghapuskan perjanjian royalti di antara Petronas dengan kerajan-kerajaan Negeri pengeluar minyak termasuk kelantan dan terengganu dengan menggantinya dengan wang ehsan. Itu pun tidak diserahkan kepada kedua-dua kerajaan negeri tersebut semata-mata kerana ia dikuasai oleh PAS.

Selain daripada lima faktor di atas yang menunjukkan Mahathir seorang diktator, banyak lagi hal-hal lain seperti perkenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang merupakan buahtangan Mahathir selaku PM untuk menyekat mahasiswa dari bergiat aktif di dalam politik.

Ia tidak terhenti dengan AUKU, bahkan pemindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi (O.S.A) untuk terus mengurangkan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam proses birokrasi, manakala media massa perdana baik bercetak mahupun eletronik dikuasai oleh kerajaan atau parti pemerintah yang bertindak sebagai alat propaganda BN dan dalam masa yang sama sebagai instrumen untuk menekan pembangkang.

Itu belum lagi kisah bagaimana kamu mengatur strategi untuk menyebabkan Musa Hitam terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986, kemudian kamu atur lagi strategi untuk mengenepikan Ghafar Baba sebagai TPM pada tahun 1993 dan akhirnya kamu juga yang memecat Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998.

Tiada seorang pun TPM yang selamat semasa kamu menjadi PM kecuali Abdullah Ahmad Badawi, itupun kamu kutuk dia habis-habisan selepas beliau menjawat jawatan PM.

Begitu juga kes-kes kroni-kroni UMNO yang kamu selamatkan daripada rasuah, campurtangan kamu dengan urusan SPR, tekanan-tekanan ke atas penjawat awam yang tidak memihak kepada kamu dan lain-lain.

Justeru itu Mahathir tidak perlu berdalih atau menunjukkan beliau seorang PM yang "bersih" sedangkan satu dunia mengenalinya sebagai seorang diktator moden yang kejam lagi zalim. Bagaimana kamu hendak menutup kebenaran itu wahai Mahathir?




22 ulasan:

Tebuan berkata...

Mahathir tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai DIKTATOR ZALIM dan akan dikenang oleh seluruh generasi Malaysia sebagai Penzalim sehingga kiamat. Terlalu banyak dosa TUA KUTOK
ni pada rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

MAHATHIR MAHAFIRAUN MALAYSIA!!!!

Awanama berkata...

semoga panjang umur supaya dia dapat merasa macam mana orang lain pernah masuk penjara angkara fitnahnya..

Awanama berkata...

mahathir...love u forever..melayu mudah lupa.. lbh bnyk lg kebaikan yg di lakukan utk negare...hidup mahathir...

Amuraria berkata...

MAMAK MADEY KUTTY BARUA MUDAH LUPA ,TAPI BANYAK LAGI LEMBU & NANGOI MAU MENJILAT BARUA PENGKHIANAT PADA MELAYU & ISLAM INI ! MADEY KUTTY MUDAH LUPA, ABU !

XUMNO berkata...

Rakyat mahu Mahathir panjang umor supya boleh diseret ke mahkamah seperti Mubarak di Mesir.

ROJAK berkata...

semua rakyat malaysia berpeluang nak tengok mahader diheret ke mahkamah sama ada di dunia atau di padang mahsyar kelak

Awanama berkata...

Semasa nangoi gila ni menjadi PM, kuasa eksekutif sering kali mengganggu kuasa kehakiman... tidak berlaku pemisahan kuasa yang bebas di zamannya... maka diktatornya.

Nangoi ni jugaklah yang banyak salahguna kuasa polis dalam banyak kes, contoh Peristiwa Memali, kes Anwar dan lain-lain.

Awanama berkata...

Mahathir dah nyanyok sampai lupa dia diktator...

Awanama berkata...

Memang Mahathir jenis Melayu mudah lupa

Awanama berkata...

SIAPA KATA MAHATHIR MELAYU?....

Awanama berkata...

Dia ni melayu ke? Cheh..

Awanama berkata...

Tun M bukan melayu pertama jadi PM

Awanama berkata...

Mahathir mamak kerala lah.

Awanama berkata...

bukti mahathir diktator:
1. tidak menghormati perbezaan pendapat dan enggan menerima kritikan daripada pihak pembangkang dan ahli akademik
2. memerintah menggunakan undang-undang drakonian seperti isa, osa dan akta mesin cetak dan mengancam atau menggunakan undang-undang berkenaan terhadap para penentangnya
3. menjadikan parlimen sebagai 'rubber stamp' dan meluluskan banyak pindaan perlembagaan negara secara sewenang-wenangnya
4. meletakkan bidang kehakiman di bawah pengaruhnya dan menyekat kebebasan hakim daripada membuat keputusan secara profesional
5. menghadkan kekuatan parti-parti pembangkang dengan menyekat kebebasan akhbar, radio dan tv
6. mengadakan pilihan raya yang tidak demokratik yang memberi berbagai kelebihan kepada parti pemerintah berbanding parti pembangkang
7. mengharamkan partinya sendiri iaitu umno asal dan menubuhkan umno baru untuk menyingkirkan pesaing politiknya demi untuk mengekalkan kuasanya

Awanama berkata...

dlm surat dia kpd Tunku Abd Rahman, dia ckp darah dia hanya ada 2 sudu je darah pakistan...LOL...

gigi berkata...

MAMAK MEMANG PELUPA, USIANYA DIPANJANG KAN UNTUK BELIAU MELIHAT SETIAP KESALAHAN DAN KEJAHATAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SELAMA 22 TAHUN BELIAU MEMERINTAH, ANDAINYA ADA ANUGERAH, AKAN AKU ANUGERAHKAN ANUGGERAH DICTATOR TERULUNG ABAD INI

Awanama berkata...

sekarang ni pun dalam UMGOK, banyak MAMAKs dari melayu.....hehehe

Awanama berkata...

Lagi bukti Mahathir diktator:-

1. Mengadakan mahkamah beruk untuk menghukum Tun Salleh Abas.

2. Menipu dalam pengiraan undi ketika Ku Li mencabarnya untuk jawatan Presisen UMNO.

3. Mengarah BPR tutup kes Ali Abul Hasan (bekas Gabenor Bank Negara).

4. Merangka undang-undang supaya bila raja/sultan tidak tandatangan perkenan dalam masa 30 hari, maka undang-undang tersebut akan berkuatkuasa secara otomatik.

5. Mencari hakim yang sanggup dan dapat menjatuhkan hukuman bersalah terhadap DS Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Awanama berkata...

madey kutti diktator sedang mabok arak san maquel buatan anaknya sendiri adalah ahli UMNO.
arak dan umno tidak dapat dipisahkan.

Awanama berkata...

Memang mahather bukan melayu pertama menjadi PM, tetapi bukan semua mamak berperangai macam mahather, ramai lagi mamak yg mempunyai fikiran dan ingatan sebagai seorang islam yg baik, hanya beberapa kerat je mamak yg macam mahather dan kaki ampu, kaki fitnah, kaki bodek,..semoga Allah memanjangkan umur nya dan dapat melihat ciptaan kerosakan yg beliau lakukan, hidup!!!!!!!!! mahather.

Awanama berkata...

Dalam byk2 negara den poei, ramai kenal n kagum dgn mahathir berbanding kenal malaysia. Kerana dia dikenali sebagai seorang yang tidak berpihak kepada barat. Tetapi masih mampu berdiri teguh

Awanama berkata...

saya doakan agar Mahathir umur panjang supaya dia dapat lihat semua kerosakkan yang dia telah buat di negara ini.