19 Jul 2012

Kini Sharifah Sofea Pula Bertudung, "Ini Satu Permulaan Babak Baru ..."


Alhamdulillah, bertambah lagi artis bertudung. Kali ini Sharifah Sofea pula yang bertudung.

Selepas beberapa orang selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini bertambah seorang lagi selebriti mengikut jejak langkah sama ke arah sesuatu yang lebih positif.

Menerusi akaun twitter milik beliau, Sharifah Sofia sedia berkongsi gambar terbarunya yang ayu dan manis mengenakan hijab beserta ungkapan

'Here’s to a new chapter… Bismillah!'.

Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. -yastro.net



5 ulasan:

Awanama berkata...

alhamdulillah.. di ambang PAS mencakna kejayaan, sudah ramai yang menghijrahkan diri ke arah kebaikan..

Abu berkata...

Harapan saya semoga Rebecca Nur Islam berhijrah menutup aurat. Nama islam tapi penampilan tak senonoh.

non penang berkata...

Wa setuju sama Abu: Nama Cahaya Islam tetapi penampilan macm pelag. Moga makin ramai artis sedar apa yang harus dan apa yang Haram !

Rbt berkata...

Alhamdulillah...

Penghijrah ini akan memberi impak kepada peminat seni tanah air untuk sama berhijrah.

Apabila kita melakukan perkara baik dengan ikhlas dan diikuti pula oleh orang lain, insyaallah pahala juga tumpah pada kita. Amin

yleadh berkata...

syukur alhamdulillah, beliau telah kembali, bagi yang belum mendapat hidayah, sama sama le kita doakan.. jangan di caci hina le pulak.. insyallah Islam akan kembali kuat..