26 Jun 2012

[VIDEO] Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT

Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli



11 ulasan:

Shintaro berkata...

itu punya hal Najib tak ada tipu punya. Dia saja lakukan TRANSFORMASI.
dari betuL kepada tak DAK betul dari tak dak boleh kepada boleh.

Mesti KOMISYEN itu George Kent mau kasi besar punya boleh beli 5 cincing
atau lebih.

GENERATE INCOME HALAL berkata...

well said le shintaro. kalau rafizi dapat dokumen cam tu, maknanya penjawat awam tak taat setia pada kera-jaan macam kehendak KSN baru.

ni baru transformasi namanya. penjawat awam bakal mentaati kerajaan baru... hahahahahaaaaa

Awanama berkata...

rafizi!!rafizi!!ekau ni tak habih habih buek akak tak tido leno.dok diam diam dulu buleh tak?boghilah akak peluang makai baju buatan australia,ado 61holai ni.alahai!! buek lupo pulak baju yang diorang jeles jeles dulu tu!!?.akak tak dulik selagi buleh akak nak duit tu,projek lrt tu duit ghayo akak tak paham paham yo laie!!!.

Awanama berkata...

Tahniah & syabas Kawan..teruskan reformasi....dedahkaan segsla kepincangan UMNO...

1 Malaysia berkata...

Dasar munafikun @ penipu ... mana pernah/ boleh bercakap BENAR. Lidah bercabang, lebih teruk daripada biawak. Bibir merah macam pondan (dayus) kerana membiarkan anak/isterinya membuka aurat (yang hodoh pulak tu, bulat macam khizir) dan membenarkan isteri bercium-cium dengan lelaki bukan mahram.
Inikah pemimpin yang nak dipertahankan oleh rakyat Malaysia terutama yang Islam @ Melayunya. Tengok TV malam tadi, bukan main ..... BANGANG.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH SUNGGUH.

Awanama berkata...

bukan campurtangan najib tapi laki dia big mama. najib akur akan kehendak laki dia...

Awanama berkata...

aku nak cadangkan saudara rafizi jadi menteri kewangan malaysia nanti.

bongkar jgn tak bongkar.

Awanama berkata...

Whatever...hukum karma bermula....lalalalalala....

Neel berkata...

Teruskan perjuanganmu Rafizi, pemimpin berkaliber!!

hairan berkata...

ingat TIPU ingat UMNO/MCA/MIC!!!

agaknya salah satu rukun orang umno memang mesti menipu kot?

mh-j berkata...

TQVM for this video....Saudara Rafizi is THE man to be afraid of...I like especially how he ended the press conference, urging Najib to react on this expose' and putting emphasis on how this will be Najib's BIGGEST embarrassment....
Well Najib...over to you, it better be QUICK!!!