26 Jun 2012

Status PhD MB Perlis Diragui, Pemuda UMNO Arau Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain. -FMT

13 ulasan:

Awanama berkata...

Ha, ha.... UMNO lawan UMNO sebelum lawan pembangkang.

Awanama berkata...

Aku sampai nak pitam nak dapatkan PHD...diorg ni main tenyeh bubuh je or pakai saluran politik. Hasil thesis mcm hampeh...

Jat Lembu berkata...

dunia sekarang kejar nama,pangkat..berapa lama nak hidup dengan menipu rakyat...

Jat Lembu berkata...

dunia sekarang kejar dunia,pangkat....berapa lama nak hidup dengan menipu rakyat

cucukerinci berkata...

semuanya adalah akibat tiada iman yg kukuh....sebab itu tak yakin akan ada hari perbicaraan di hadapan Allah...pastikan umno kalah dlm pru13..ABU.

Awanama berkata...

Dr Mat Isa boleh masuk pertandingan Master Chef Malaysialah kalau camtu.

hairan berkata...

kan aku selalu tulis... memang umno/mic/mca/bn tuh kerjanya menipu rakyat aje kerjanyaaa...

pada manusia2 itu menipu adalah seperti amalan solat pada orang islam, tak menipu tak sah hidup dia orang!

apa laaaaaa

Iswara berkata...

Bedebah kau kepala umno perlis.
Patutnya ditembak dengan senapang gajah.
umno tipu umno
hahaha.
Media pencacai tak berani nak ambilnya sebagai berita muka depan.

Awanama berkata...

Dr najib tak nak buat phd jugak ke... dr penipu, dr. haram jadah dan pelbagai gelaran dah cukup tesis untuk dapat gelaran dr tu... macam menantunya fadzley..

Awanama berkata...

hahaha geng shahidan kassim buat onar.. gasak hampa laa.

Awanama berkata...

remove title Phd ...tau takut

zila berkata...

biar p la dia nak ambil PHD mana pun. Yang hang pa dok kacau pasai pa.Tak mau kat dia jangan undi. Undilah PR, jatuhkan UMNO.

Awanama berkata...

sahidan hidung besar gila kuasa