26 Jun 2012

Najib Baru Sedar Umno-BN Amalkan 'Perhambaan Moden' Dalam Sistem Pajak Teksi

Rupa-rupanya selama ini Kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem perhambaan terhadap pengusaha teksi di negara ini.

Ia kini baru disedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah sokongan rakyat terhadap Umno-BN terhakis tegar dari hari ke hari. Najib yang juga Presiden Umno berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan. Ia boleh dianggap satu taktik Umno-BN untuk menumpukan undi para pemandu teksi kepada dacing dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Namun, kelompok yang dikenali sebagai "ahli politik licik" sama seperti tukang gunting rambut itu, tidak mudah diperdayakan dengan janji manis yang sepatutnya telah lama menjadi hak mereka.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan. Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka,"katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil, 24 Jun lalu.

Najib yang terlalu berharap sokongan padu pemandu teksi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan.

Jumlah itu meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525. Kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental. Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya. -sanggahtoksago



8 ulasan:

Awanama berkata...

pemandu teksi dh lama tertindas..jgn gelap mata dgn baucer tayar tu.. permit sendiri lbh besar nilainya.. bg peluang pd PR memerintah insyaallah masalah permit akan PR selesaikan..tepuk dada tnyalah IMAN..yg mana terbaik buat anda semua.... fikir2kanlah

Awanama berkata...

SALAM BERSIH.... ALHAMDULILLAH LA KALAU KERAJAAN UMPORNO BOLEH BAGI PERMIT TEKSI KEPADA INDIVIDU... LEPAS NI RAMAI LA RAKYAT MALAYSIA YANG PENCEN DARI KERAJAAN BOLEH MOHON PERMIT TEKSI(JANGAN ADA BUKAN WARGANEGARA PULA ADA PERMIT TEKSI) DAN JANGAN ADA RASUAH PULA DALAM JPJ, PUSPAKOM DAN AGENSI SEANGKATAN DENGANNYA

Sinner berkata...

Berapa ramai dari pemandu teksi tu yg kereta tu adalah hak dia sendiri..? kebanyakannya adalah hak2 syarikat2 teksi.

Bayangkanla, kalo dpt bantuan tayar tu.. sapa yg untung..? PEMANDU TEKSI ke, atau tokey teksi tu..?

Sendiri mau pk la sapa tokey2 syarikat teksi tu semua..

BN..? nak kasi duit utk rakyat cemtu aje..? huh.. takde keje. Mesti mau untung maa...

Awanama berkata...

ada udang disebalik batu,
isu permit teksi sengaja diungkitkan utk meraih sokongan pru-13 nanti tapi bagi tayar pula, isu permit tak selesai ini dikatakan idea haram-jadah najib-tuya.
22 tahun kutty jadi pm mengamalkan sistem perhambaan terhadap pengusaha teksi di negara ini, apsal rakyat tak sedar2? zaman kuttylah segala macam perhambaan haram-jadah tercetus dan masih dibawa oleh pemimpin umporno sehingga ke hari ini.
kau jangan jadi haram-jadah najib-tuya cepat serahkan royalti petrolium kepada kerajaan negeri kelantan, sebelum kamu jadi ketua pembangkang kelak!!!

Awanama berkata...

Najib pura-pura buat tak tahu akan nasib dan masalah yang dihadapi pemandu teksi sejak dulu lagi.

Cuba siasat kroni atau kawan siapa yang banyak dapat permit teksi dan berapa permit diberi. Adakah mereka sendiri yang bawa teksi.

Ini semua gula-gula pilihan raya untuk dapat sokongan. Adakah sebelum ini diberi bantuan tayar?

Bantuan tayar kepada "pemandu teksi", yang untung "PEMILIK TEKSI"

Awanama berkata...

macam PTPTN juga rakyat miskin jadi hamba tebusan pemerintah BN

Awanama berkata...

sehari BN saman ekor dah balik modal wang yang diberi kepada pemandu teksi.

Awanama berkata...

Inilah isu yang paling menyakitkan kerana perhambaan moden kepada pemandu2 teksi dilakukan oleh orang2 kuat Umno/BN, tentu mereka marah apabila permit mereka ditarik, PRU13 akan menjadi ancaman oleh mereka terhadap sokongan kepada Umno/BN. Terperangkap lagi..