5 Jun 2012

Najib Tak Malu: Perlekeh Pakatan Kemudian Ciplak

Kuala Lumpur 5 Jun: “Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bertanggungjawab adalah yang memulangkan hasil kepada rakyat dan bukan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan atau akhirnya memudaratkan negara.

Najib turut memberi contoh janji pihak tertentu (Pembangkang) yang hendak menurunkan harga minyak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan meletakkan gaji minimum yang tinggi.

“Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan.

“Dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia,” kata Rafizi ketika dihubungi Keadilan Daily.

Rafizi turut memberi contoh apabila Najib menolak cadangan Pakatan yang menawarkan penurunan harga dan pemansuhan tol tetapi dalam diam akhirnya turut berbuat demikian untuk mendapat kepercayaan rakyat.

“Kita tidak bimbang beliau nak perlekehkan cadangan Pakatan Rakyat tetapi apa yang memalukan ialah apabila seorang Perdana Menteri mencuri idea dan berbohong kepada rakyat,” katanya.

“Kita tahu dalam beliau memperlekehkan tapi dia meniru kerana beliau sedar semua cadangan Pakatan adalah hasrat rakyat dan digunakannya untuk mendekati mereka,” kata beliau lagi. -KD

7 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Dalam masa mereka memerlukan pertolongan mereka akan ikut malah konon bolh menawarkan lebih baik dari apa yg.Pakatan bolh bagi....

Tunggu setelah mereka dapat mandat baru(Wanauzubillah)masa itu minta lah rayu lah.......

Mau kah mereka menunaikan nya?????

Kita selalu lupa sejarah ini.,di sebabkan kefakiran yg.di cipta olh mereka(BN).

Awanama berkata...

PAKATAN pun boleh tunaikan Buku Jingga dinegeri2 yg diperintah oleh mereka.

Ni lah perbezaan..yg mampu laksanakan dan yg mampu bercakap!

Sepatutnya jika benar Najib meniru..syukurlah kerana rakyat dapat munafaat.

Awanama berkata...

Negri pakatan da tunaikan pun,...

F-aRn berkata...

kalau org tiru kita dlm peperiksaan kena bersyukur ke?

negeri pakatan boleh laksanakan jikalau kerajaan pusat sudi berkongsi pendapatan negara dgn kerajaan negeri. mudah kn.

org kaya berkata/cadangkan pada org miskin: buatlah perniagaan hotel 5 bintang. banyak untung woo... padahal si miskin ada RM5000 sahaja. lojikkah?

yg dpt laksanakan tu sebabnya mereka pegang duit PETRONAS!!

Awanama berkata...

Najib PM Malaysia yang paling teruk.

Awanama berkata...

dah memang perangai orang bn/umno/mca/mic tuh sama aje iaitu penipu, sex, rasuah... itu pasal muka memang semula jadi tak malu!

Awanama berkata...

Menciplak idea orang lain lebih mudah daripada menciptanya. Oleh sebab itu, pihak yang mencipta idea LEBIH HEBAT daripada pihak yang menciplaknya. Pihak penciplak hanyalah mengambil keuntungan daripada hasil usaha orang lain.