5 Jun 2012

[VIDEO] WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah

Dewan Pemuda Pas Perak hari membuat satu laporan polis berikutan sikap berat sebelah Polis Diraja Malaysia yang enggan mengambil tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengeluarkan artikel dan sebuah karikatur yang mempersendakan pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk mensabitkan Dato Seri Nizar Jamaludin berikutan mesej yang disiarkan didalam Twitternya.

Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo

“Mungkin tdak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!” tambah beliau.


Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini.

Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor.

“Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? ” jelas beliau. -media perak



Ulasan GB

GB pernah mendedahkannya sebelum ini di SINI. Petikan:

Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN.

Baguslah begitu. Cepat sikit nanti Allah swt akan turunkan hukumanNya.

Itu rahsia polis dah terbongkar... rupanya pihak polis telah lama bekerjasama dengan kongsi gelap, didedahkan sendiri oleh mantan KPN.

Dan bagaimana pula kartunis akhbar Kosmo ini yang terang-terang menghina Sultan berkenaan?


8 ulasan:

Awanama berkata...

Komplen jangan tak komplen.

Marjun berkata...

" Tindakan cerminan mentaliti "

hairan berkata...

aku personally memang tak amik kisah pun hal nih! kubur masing2 kan :)

cuma tak faham apa fungsi sebagai ketua agama itu ??? adakah status atas kertas? atau meliputi keseluruhan tata cara kehidupan? adakah status itu sepatutnya melanbangkan ciri2 kehidupan para nabi?

bab itu aku memang tak faham....

abu berkata...

Kes Nizar disiasat oleh polis Johor.

Saya cadangkan PAS Johor buat laporan polis di semua ibu pejabat polis seluruh johor.

1 Malaysia berkata...

Ini bukan soal adil atau tidak?
Soalnya ialah SIAPA?
Kan PDRM dah tukar nama jadi POLISI DIRAJA MELAYU yang bertindak ala "Melayu". Cogankata seperti "AKU BENCI RASUAH" sebenarnya membawa maksud sebaliknya. Tak caya, tanya hati kecil pegawai-pegawai polis dari peringkat konstabel sampai ke KPN. Sesiapa yang pernah berurusan dengan PDRM tahulah cara depa tu.
Ingat lagi kata MB Ganu bahawa pendapatan depa tu BN yang bagi. Jadi depa harus jadi budak suruhan atau lebih kasar, "BARUA" bagi BN, tanpa banyak soal. AKU tetap dan sentiasa tetap percaya bahawa rezeki AKU ni datang dari Allah swt. "KAU" atau Kau macam mana?

dino.yp@gmail.com berkata...

kepada abu :
kalau tak paham pergi belajar, baca buku ke...jadilah pandai dan bijak bukan komen kat sini.

lijitra berkata...

apa yg nak dikesalkan.perangai polis memang dah macam tu.bukankah depa akur dgn pemimpin @ ikut saja perintah walaupun pemimpin salah.

Nurfanthoun berkata...

Pegangan hidup mesti ada
Mesti patuh kepada ketua
Salah atau kecoh tak boleh kira
Janji tetap setia
Kehadapan lain cerita
Yang penting keadaan semasa.