26 Jun 2012

"Haramjadah" - Najib Enggan Tarik Balik, Memang Bagus Sangat!

Haram jadah: Najib enggan minta maaf

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.

Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.

Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.

"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.

Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.

"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.

"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.

Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah. -HD

Ulasan GB

Jika Najib tidak mahu minta maaf, biarkanlah hukum kebenaran dan keadilan sendiri menghukumnya.

You'll get back what you give

Kamu akan dapat balik apa yang kamu beri!

Tak sedar-sedar lagi walaupun dah banyak "haramjadah" menimpa dirinya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Berhati-hatilah apabila melafaz kata. Jagalah lidah. Orang yang menyumpah orang lain, akan mendapat balik kata-kata sumpahannya itu.

Amuraria berkata...

JAWAPAN HARAM JADAH HAHAHA ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tahun depan TV 1 akan tayangkan sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod, bertajuk TAKBUR. Sekarang nie dalam pembikinan. Tungguuuuuuu.......

Tanpa Nama berkata...

Begitulah jawapan daripada seorang manusia yang angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Inilah lagi tanda-tanda kejatuhan Umno/BN yang ber PM kan Najib. Ia memeningkan kepala mentornya Mahadir yang dari kiasan kata-katanya seolah-olah menggambarkan PR bakal mengambil alih pemerintahan Malaysia selepas PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan kata-kata itu kembali kepada Najib. Amin.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ITU SEKULAR....
PAS ITU ISLAM...
MCA ANTI ISLAM.....
MIC ANTI MELAYU....