23 Mei 2012

Skandal Zahida-Shafie Apdal: Jingga 13 Cabar Zahida Kemuka Penyata Bank

Jingga 13 menyelar penafian Zahida yang terus menerus menafikan tuduhan yang melibatkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tanpa disertakan sebarang bukti yang kukuh. Penafian demi penafian dari kedua dua belah pihak tidak konsisten dan masih tiada fakta.

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik telah tampil di media dan telah mengaku bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Malah Noor Azman juga telah mengatakan bahawa sepanjang tiga tahun bekerja beliau kerap membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

Sehingga hari ini, diberitakan Dato Seri Shafie Apdal masih mendiam diri terhadap segala kenyataan yang didedahkan oleh bekas pemandu Zahida yang pernah dituduh membawa lari duit sebanyak RM200,000 milik Zahida.

JINGGA 13 MENCABAR aktres Zahida Rafik untuk mengemukakan salinan sah penyata akaun bank yang didakwa dimasukkan wang yang datang dari Dato Seri Shafie Apdal.

Jika benar itu adalah hasil dari lakonan dan majlis peragaan fesyen dan bukan dari pemberian Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Naib Presiden UMNO, Zahida wajib mengemukakan resit pembayaran untuk setiap transaksi yang berkaitan.

JINGGA 13 mendesak agar Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal supaya menghentikan segala lakonan dan membohongi rakyat yang mahukan kebenarannya.


PENAFIAN bahawa Zahida Rafik tidak mengenali Dato Seri Shafie Apdal sangat melucukan banyak pihak. Sebagai seorang pelakon, Zahida tidak perlu melengkapkan 'skrip' yang dilihat menampilkan kebodohan diri sendiri.

Justeru, penting disini untuk Zahida Rafik dan Dato Seri Shafie Apdal menjelaskan perkara sebenar, rakyat miskin pasti teruja dengan sikap pimpinan UMNO yang sanggup berbelanja mewah untuk artis melibatkan jutaan ringgit tanpa rasa bersalah dan menimbulkan persoalan daripada manakah wang sebanyak itu diperolehi sama ada oleh Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal. -wikimalay

Ulasan GB

Sepandai-pandai tupai melompat... akan jatuh ke tanah juga.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita ini hendaklah sentiasa diulang supaya semua orang tahu menjelang PRU ke 13 nanti.