23 Mei 2012

[Video] Debat PTPTN - Kemantapan Hujjah Rafizi Berjaya Patahkan Dakwaan Khairy

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan ‘atas angin’


KJ: Pakatan tabur janji kerana tak yakin jana ekonomi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi.

Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan yuran pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.

Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang.

Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.

Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu.

"Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran.

"BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi
.


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma

SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa.

"Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti,"
katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera.



Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.


Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.
-SH









5 ulasan:

Awanama berkata...

salam..
blh x saudara gb post ulasan debat smalam dri pandangan saudara gb tntang hujah2 kdua2 pndebat??
trutama ulsan hjah2 ddi khairy..
hrap saudara gb dpt bg ulasan dan kupasan tntg debat smalam..
tq

Awanama berkata...

ambo bui 4-1...rafizi 4, KJ 1...1 tu sbb keberanian dia tampil berdebat walaupun konar sampai sudah...Abe jib pecer skang? takkan kecut kot? takkan xmalu ramai dah provoke ni??

Awanama berkata...

hendak seribu daya, tak nak seribu dalil??? oleh Khairy. Dalil ke dalih??

Awanama berkata...

angka2 yg diberi KJ pernah diberi oleh pak lah masa election 2004. Bilion subsidi kata diberikan kpd rakyat. Akhirnya, PRU2004 rakyat buat keputusan dan Pak Lah terpaksa akur utk serah jawatan kpd Najib.

Segala apa yg dikatakan tkd blh semasa Pak Lah telah boleh apabila bertukar PM.

Itulah kuasa di tangan rakyat. Kalau nak pendidikan percuma pilih PR, kalau nak kekal dlm keadaan sekarang pilih BN. Abis cerita

Satu lagi....majoriti siswazah beli kereta, makan kfc, pakai handphone, beli rumah, bayar cukai pendapatan.

Bilion yg dikutip daripada mereka.

Pendidikan tinggi adalah pelaburan sebenarnya.

BaDiN berkata...

Sayangnya hanya yg ada astro shj dapat ikuti debat ini,patutnya semua chanel siarkanya secara langsung sebab ianya adalah isu Nasional.
Dan malam tadi Moderator mencabar PM berdebat dgn DS Anwar cara live.Kita tunggu adakah DS Najib sahut cabaran tersebut.