23 Mei 2012

[Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau?

Iinsiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.

Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.

Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.




6 ulasan:

Awanama berkata...

Imej UMNO tercalar teruk dengan peristiwa ini.

Awanama berkata...

polis pun dah jadi pengecut ...tidak berani bersuara...hanya akur dgn arahan lembu-lembu hitam....tolong pastikan video ini ssampai kpd kaum cina supaya mereka tau jahatnya lembu hitam.

Awanama berkata...

mmg polis diarahkan begitu....skripnyer mmg begitu....mereka mmg mahu provokasi mereka akan dibalas oleh PR...maka mereka akan menjalankan skrip yg seterusnyer....harap penyokong PR jgn terikut dgn provokasi mereka......buat jer lapuran polis.....dan rekod dan simpan...belakang hari nanti boleh buat pendakwaan dan report polis boleh dijadikan bukti.....mana dia org mahu lari........hampeeeehhh

Awanama berkata...

Semua ni menunjukkan keadaan seperti yang telah berlaku diMesir dan Libya sudah hampir sampai keMalaysia.Malang sekali,PDRM tak mampu brfikir sejauh itu.

Awanama berkata...

Polis pun berganding bahu dgn puak-puak tak cerdik tu...hmm..apa nak di harapkan dr mereka tu..

Awanama berkata...

UMNO siapa boleh tangkap.....