28 Mei 2012

[Gambar & Video] Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan


Kuala Lumpur, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Himpunan di Girl Guides Hall yang bermula jam 3 petang di Brickfields di sini dan dijangka berakhir jam 8 malam ini turut melihatkan kehadiran Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, serta kepimpinan tertinggi PR yang lain.

Menurut penganalisis politik tanah air, polisi-polisi Najib yang dilihat lebih baik berbanding polisi yang diamalkan perdana menteri sebelum ini telah berjaya meraih kembali sokongan pengundi India selepas sokongan mereka berpindah kepada pembangkang pada 2008.

Mengulas berkenaan perhimpunan tersebut, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, “PR akan merombak semula polisi ekonomi dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat India di negara ini.”

Jelas Izzah lagi, Indraf turut menyerahkan memorandum sokongan terhadap PR, yang mana bertujuan untuk mengubah pentadbiran negara ini dan membebaskan pentadbiran daripada belenggu politik perkauman.

“Indraf menyerahkan memorandum kepada kami dengan harapan kepimpinan negara perlu diubah bagi mengelakkan politik perkauman,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang hadir dalam perhimpunan tersebut melihat sokongan rakyat India kepada PR semakin kukuh dan turut menepis dakwaan media BN yang menyatakan masyarakat India sudah kembali menyokong mereka.

“Itu mainan media BN. Saya yakin masyarakat India menyokong penuh kepimpinan PR.

“55 tahun memerintah BN tak mampu menyelesaikan masalah masyarakat India seperti — masalah berkaitan kad kelahiran, kad pengenalan, masalah mendapatkan biasiswa dalam pendidikan, dan masalah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat India.”
tambahnya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yakin segala masalah komuniti India di negara ini akan beroleh penyelasaian melalui kepimpinan PR dan masyarakat India menolak untuk menyokong MIC atau mana-mana parti yang mewakili masyarakat India selain PR.

“Kami sudah tidak percayakan mana-mana parti India lagi temasuk MIC. Kami letakkan kepercayaan penuh kepada Pakatan untuk membantu masyarakat India,” katanya dan menambah “Indraf akan bergabung dengan Pakatan dalam pilihan raya akan datang.”

Perhimpunan Indraf 2.0 hari ini menyaksikan kehadiran hampir 2,000 peserta daripada seluruh negara adalah projek NGO Suara Masyarakat India Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Presiden National Interlok Action Team, Datuk Thasleem Ibrahim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatiraodan R. Kengadharan.

Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, turut kelihatan anggota polis di sekitar kawasan Brickfield bagi mengawal keadaan lalulintas. -TMI

MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat

Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

Bercakap dalam program perhimpunan Indraf 1.0 di Brickfields, pemimpin kumpulan serpihan Hindraf itu berkata beliau gembira dengan tindakan kerajaan Pakatan dalam membantu golongan tersebut seperti kelulusan untuk 120 tapak kuil di Selangor.

"Ini yang kita nanti-nantikan, bukan hamper yang luput tarikhnya.... Berubahlah. Kita mesti mengubah BN. Kita mesti teguh, kalau bercerai kita roboh," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada 1,000 orang hadirin.

Beliau juga meminta Pakatan Rakyat memenuhi sepuluh tuntutan mereka sekiranya gabungan parti itu berjaya menguasai Putrajaya.

Antara lain, tuntutan itu menggariskan supaya Pakatan mempertahan dan melindungi hak masyarakat India termasuk pendidikan dan memberi peluang pekerjaan yang saksama kepada mereka.

"Suara masyarakat masyarakat India sejak perhimpunan Hindraf, jauh daripada tahap yang memuaskan.

"Malangnya kita memerintah negeri dan bukan Putrajaya," katanya yang menyeru masyarakat India supaya memberi masa kepada Pakatan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Turut berucap dalam program itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berkata mendakwa kerajaan yang ditaja Umno kini memainkan isu perkauman ekoran pilihan raya sudah hampir.

Katanya, Pakatan "tidak berganjak untuk merubah politik negara" walaupun pelbagai tohmahan dan serangan dalam ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka

"Kita bersatu bukan untuk bergaduh, tetapi kita mahu semua hak rakyat Malaysia dikembalikan.

"Jangan curi wang rakyat," katanya sambil mendesak kerajaan mengembalikan wang NFC kepada rakyat.


Turut berucap di perhimpunan itu ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata semua kaum "harus dihormati dan dimuliakan" sebagai warganegara.

"Sebab apa kita marah-marah hari ini... Sebab (berlaku) ketidakadilan, sebab hina orang, sebab warna kulit.

"Ini negara kita, apa sebab mahu hina orang. Cukup, (hari ini) kita beri mesej yang kuat (kepada BN)," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menempelak pihak yang melakukan kekecohan dan serangan terhadap pemimpin Pakatan dan juga ke atas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam beberapa insiden sebelum ini.

"Apa salah Ambiga... Sebab dia lawan dalam BERSIH kerana pilihan raya tidak adil.

"Ambil orang, tunjuk punggung... Ini kerja jahil," katanya lagi yang merujuk kepada demonstrasi oleh satu kumpulan anti-BERSIH di hadapan kediaman Ambiga pada 15 Mei lalu.

Turur hadir dalam perhimpunan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalannya Prof P Ramasamy, Exco Kerjaan Selangor Ronnie Liu, dan bekas speaker DUN Perak V Sivakumar.
-mk













5 ulasan:

kampong lad berkata...

transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri... pm ke6 ialah 'bapak transformer' (kartun)

Awanama berkata...

melayu, cina, india dan kaum lain dah sokong Pakatan Rakyat

Awanama berkata...

Pulau Pinang
Purata 364 plate baru setiap hari.
Jangka hayat satu abjad: 15 hari
Plate Terkini: PKP9370.
Kepada para penyokong PKR, Nombor Plate Kenderaan bermula dengan PKR akan dicapai dalam masa sebulan dua lagi. Bersiap sedialah untuk menempah nombor tersebut.

Osama berkata...

Abu Hurairah RA mengatakan bahwa Nabi SAW bersabda,

إيَّاكُمْ وَالحَسَدَ ؛ فَإنَّ الحَسَدَ يَأكُلُ الحَسَنَاتِ كَمَا تَأكُلُ النَّارُ الحَطَبَ أَوْ قَالَ : (( العُشْبَ ))

“Jauhilah kalian sifat hasad, karena hasad akan memakan semua amal kebaikan, sebagaimana api yang memakan kayu bakar atau rumput.

(HR. Abu Daud)

Awanama berkata...

Nombor plate PKR coming soon. Aku nak bida 700,000 rupiah amacam JPJ trima tak?