28 Mei 2012

Isu Drag Race: Jawapan Pak Pandir Sang Menteri Belia & Sukan

Menteri: Jangan politikkan isu kemalangan di acara lumba

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, tengah malam tadi.

"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

"Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut.

"Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital," katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

"Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.

Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.

"Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya.

Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.

"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya. - Bernama

Himpunan Jutaan Belia: 22 cedera, 3 parah kereta drag terbabas

PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula).

Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.

Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.

Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula.

“Kita cakap kepada mereka, kalau tidak mahu pergi duduk jauh pada jarak yang selamat, kita tidak akan mulakan perlumbaan ini,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.


Ulasan GB

"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

Bingai betul. Ini bukan soal politik lah Shabbery. Ini soal nyawa, ini soal integriti, ini soal kebertanggungjawaban.

Hujah yang digunakan oleh menteri belia itu adalah hujah Pak Pandir. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.

Sepatutnya pihak pengajur dan kementerian belia sendiri ditahan dan disiasat kerana kegagalan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk acara berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada orang awam.

Anehnya berita dari agensi BERNAMA cuba untuk melakukan cover-up terhadap kesalahan dan kecuaian penganjur dan Kementerian Belia & Sukan melalui ayat-ayat ini:

Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

"Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama"



Saya samasekali tidak percaya seorang ayah akan bercakap demikian. GB yakin itu hanyalah ayat-ayat rekaan sang wartawan BERNAMA. GB cabar BERNAMA mengeluarkan transkrip temubual itu jika perkataan itu lahir dari ayah si mangsa.

Apa yang ditulis oleh BERNAMA itu hanya untuk mempertahankan acara berkenaan. Itulah juga jenis kewartawanan longkang yang diamalkan oleh BERNAMA selama ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

tomskut berkata...

Salam,

Ada blog dan dalam facebook Kami Benci Saiful Bukhari (KBSB)... mengatakan terdapat satu kematian... ada saksi disitu kata mati di tempat kejadian... GB tolong siasat...

Awanama berkata...

Ini kena pada orang lain, kalau kena pada kaum kerabat beliau, maka beliau akan ambil tindakan keatas penganjur kerana tidak menyediakan penghadang keselamatan.

Awanama berkata...

Apa-apa sahaja kejadian yang berkaitan dengan UMNO sama ada baik atau buruk perlulah dipolitikkan kerana UMNO adalah merupakan sebuah parti politik.

Awanama berkata...

Perhimpunan Bersih 3.0 kereta polis langgar penyokong Bersih. Media memfitnah penyokong menyerang kereta polis.
Perhimpunan belia kereta lumba drag langgar penonton. Media kata penonton berada melebehi kawasan yg dibenarkan.
Menteri cuba lepas dari bertanggungjawab.
Dulu Abdul Azeez putra umporno dgn kes wartawan mati ditembak di Somalia. Sekarang senyap langsung.

Awanama berkata...

Berbuih la mulut dier nak menjawabnya...
Bayar pampasan berjuta pun bukan boleh selesai masalah...apatah lagi kalau ada kematian.
Wallahhualam.

Awanama berkata...

Kemalangan memang tak berbau.

Yang terlibat tak dapat ditarik balik.

CUMA...
kecederaan/kecacatan/keyakinan diri/masa depan yang terlibat sapa yg nak di pertanggungjawapkan.

Masa depan tu...
Lainlah kalau Penganjur/KBS sponsor 100% pampasan yang terlibat.

Nak saman? Rasanya keluarga mangsa yang terlibat tak mampu nak bayar peguam. Lagi satu kalau saman bila nak dapat pampasannya silap2 sampai ajal mangsa pun blum tentu lagi dapat

Awanama berkata...

aku masa dalam semangat 46 asyik ceramah sana sini kini ada kuasa boleh lah drift tapi lupalak nak buat safetynya,nanti jap nak sapu liur jap,tak de hallah

Osama berkata...

Ni lah bapak ketam yg menyuruh anak2nya berjalan macam kangroo & menguak macam kerbau....
Akhirnya tudoh orang lain macam lembu walhal dialah BAGHAL tahap gaban!!!

Maka Umat Melayu Naif Otak pun berbondong2 lah memuji2 & mengampu2 bahawa sibapak ketam tu betol tiada yg betol selain betol belaka!

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ