28 Mei 2012

[MISTERI] Ada "Lembaga Wanita" Dalam Kereta Sinar Harian

Kulim - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Gambar: Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Imej lembaga wanita dari jarak dekat.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. -SH

12 ulasan:

rajakulim berkata...

trick nak suruh guna BKE yg bertol 2 kali tuu...
Tunggu PR perintah Malaysia, no more toll. Yg penting bagi undi anda untuk PR.
Hapuskan UMNO negara selamat

Awanama berkata...

Orang tak takut dgn Allah...ttpi takut kat hantu pulak, kebesaran Allah dah tak ada dlm hati, kebesaran makluk tuh dibesar2kan. Yg halus mana bleh ditangkap gambar dgn kmera... ha ha ha lawak superimpose tv3 tuh, tak habis habis tayangan cerita hantu dlm tv3, tv2 tv1, apa nak menakutkan rakyat supaya mentaliti rakyat dpt diperbodohkan...Allahu akbar!!! PRU13 tunggu kita...

Awanama berkata...

hahaha...lawak lawak...macam hantu dlm galaxy note je...

Awanama berkata...

Saya pernah berselisih dengan sebuah motokar sebelum masok terowong dekat Jelapang Ipoh. Tidak pasti pula ada pemandunya atau tiada sebab waktu itu lebih kurang jam 3.00 pagi. Peliknya motokar tersebut berada di sebelah jalan menghala ke utara, tidak pula berada di jalan menghala ke selatan sedangkan ia menuju ke selatan. Ketika kejadian tersebut pula tiada kenderaan lain di tempat tersebut kecuali motokar yang saya naiki.

Awanama berkata...

tu motokar kontraktor / plus...
pukul 3 pg memang la kenderaan x banyak...huhu

Awanama berkata...

Ala kassimmmm!!!! Knapa gambo hantu tu sama macm dalam hp android aku.... aku gune 360Camera

Awanama berkata...

orang yang tiada beriman jer yang percaya dengan benda-benda tahyul ni, lepas tu ramai pula tukang yang nak sedapkan cerita menoko tambah cerita.

kak long dari melaka berkata...

Apakah jalan yang dimaksudkan ini jalan selepas mengkuang dam? Pada 2008 saya nak ke mengkuang dam dari bukit mertajam.. tapi tiba2 saya rasa dah lalui jalan yang berlengkok2... rasa dah lain macam..saya pusing balik walaupun susah utk dapatkan u-turn tu..alhamdulillah saya selamat...saya orang luar jadi tak tau apa2 tentang cerita2 itu semua.

Awanama berkata...

mungkinkah pontianak lembaga tersebut baru sahaja pulang dari mendegar debat kJ dan Rafizi anjuran sinar arian..sekarang jaman edan,jaman moden,,hantu pun suka debat..lagi antu kalo ada org ckp debat bukan budaya kita,,itu mengalahkan antu lain2 antu..mungkin bapak segala antu akan turun kalo ada debat anwar-pok jib.

Osama berkata...

Ibnu Umar RA mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda

لا تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ؛ فَإنَّ كَثْرَةَ الكَلاَمِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ ! وإنَّ أبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ القَلْبُ القَاسِي

“Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah, karena banyak bicara selain dzikrullah dapat menyebabkan seseorang berhati keras,
dan sejauh-jauhnya manusia dari Allah adalah orang yang berhati keras”. (HR. At-Tirmidzi)

Awanama berkata...

Aku sering lalu kat situ tapi ok aje...ko orang penakut kut mmglah bila hujan apabila cahaya lampu dan cermin ia membiaskan objek tapi bukannya hantu tu...

lim berkata...

aku dduk parit buntar keja kt pusat bowling giant kulim ada 3 bln lps ada lalu kt situ sbb moto rodtax mampus,nk blik ikut junjung polis buat blok dkt blai junjung. jadi terpaksa lalu kt situ 1bln dlm pkul 2pg.kdg2 ada rasa mcm org kt blkg tp aku buat tak tau ja.... lg pun aku dh kena kt jln nk p junjung atas skit kem polis dkt2 area jerat cina (pompuan) smpi ke prt bntar dia ikut nsib baik aku tau jgk ilmu alam ni skit... smpi skrg aku ulang alik prt buntar,kulim tp skrg takda apa2 sbb dh kena hembus :)