3 Mei 2012

[DASYAT] Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta Peronda

Kota Bharu - Seorang anggota polis trafik berpangkat Cif Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks di luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di dalam sebuah kereta peronda, dua tahun lalu.

Tertuduh Ishak Mahmud, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha dan minta dibicarakan selepas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ishak didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii dengan menyuruh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun, Pasir Puteh pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh, waktu dan tempat sama, Ishak yang berasal dari Pasir Puteh turut didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon tertuduh dibenarkan dilepas dengan jaminan yang munasabah dengan mengambil kira latar belakang keluarga, kesihatan tertuduh serta rekod bersihnya sepanjang berkhidmat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh serta ahli keluarga terdekat tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes. -SH

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Apabila polis tidak mahu mengaku keganasan dan kezalimannya, Allah sendiri akan dedahkan perlakuan jijik anggota polis.

GB sudah ulas dahulu:

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis? (Tambahan: Dan kini di dalam kereta peronda pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini bererti perempuan jangan naik kereta peronda apabila diminta?)

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

No hal....Polis Raja Di Malaysia

Unknown berkata...

nak harap polis jaga ketenteraman awam? mereka sendiri pun dah jadi perusuh dan agen provokasi yg menimbulkan kekecohan dlm negara. ingat lg 2 anggota polis yg mengebom seorang gadis yg mengandung menggunakan C4 tanpa belas ehsan hanya kerana menurut perintah. Bukan kah ini ciri2 anjing belaan yg hanya mampu menurut perintah tuannya tanpa membantah. malah gadis yg di bom itu pulak langsung tidak di kenali mereka..

Tanpa Nama berkata...

...pengundi pos BN

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran, kesan duit haram.

Kalau tak rasuah, dia penuhi rumah karaoke, atau rumah urut, atau kacau anak bini orang. Sesekali sepak terajang orang dalam perhimpunan.

Solat??

Hmmmmm....

Pi la jengok masjid bkt aman, atau surau ipd dang wangi. Sapa yg meramaikan?

kembara putih berkata...

Polis rasa dia ada kuasa dan boleh salah guna kuasa tanpa rasa takut. Tak takut, sebab polis yang lakukan jenayah 90% darinya dijamin lepas. Cuma polis ni malang tergolong dalam 10% tu.

tanda soal berkata...

perompak x kan nak tangkap perompak... ha ha ha..