3 Mei 2012

Waran Tangkap Jika Tolak Sepina - Tamparan Keras Ke Muka Zahid Hamidi

Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO Suaram dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah.

"Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu," katanya.

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.

Menteri enggan hadir ke mahkamah Perancis

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.
-malaysiakini (21/ April 2012)


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zahid hamidi sembang je berdegang2 dalam negara...baru dipanggil utk jadi saksi dan kecut semuanya..apa punya jantan....

Tanpa Nama berkata...

ha..ha.. jantan telor sebiji jer tu bro...

Unknown berkata...

jingkejing jingjing

Tanpa Nama berkata...

Aku jumpa dia dekat airport Doha, Qatar. Air muka dia bersih 3.0. Lebih bersih dari Khir anak Toyo.

Tanpa Nama berkata...

HA,,HA ..HA...HABIS TELOR MASUK DALAM PERUT.COMISSION DAH TAK ADA MAKNA...PADAN MUKA ORANG2 ZALIM INI.

Abu Amir berkata...

Kat dlm negara macam2 dia bagi amaran kpd AP PR dan rakyat supaya jgn persoalkan pembelian senjata kerana boleh menjejaskan keselamatan negara konon. Harga pasaran kapalselam itu RM2~3 bilion tetapi kita beli sehingga RM6 bilion. Komisen kroni ratusan juta RM.

Sekarang makamah perancis panggil jadi saksi bukannya jadi org yg tertuduh pun dah kecut termasuk telur. Inilah taraf menteri lembu yg jadi kebanggaan penyokong umno totok.

Kenapa tak minta soalan apa yg akan ditanya hakim dan pendakwa macam tun haprak dulu..............

umno= lembu + bodoh

hairan berkata...

dear Abu Amir...

tak baik kata umno = lembu + bodoh laaaaa

lembu pun tak sebodoh umno tau!

bole?

hahahaha

putra JB berkata...

Kebanyakkan pemimpin UMNO hanya berani di Malaysia saja...beranilah mereka dengan pemimpin Pakatan Rakyat...Beranilah mereka dengan rakyat Malaysia, habis dipukul, dihambat malah ada yang terbunuh atau dibunuh macam TEO BENG HOCK, Allahyarham SARBINI, KUGAN...Tapi bila kes disebut di luar negara habis kecut tak da telo...lebik macam tepung gomak....kahkahkahkah