3 Mei 2012

Menjengah Semula Tragedi Sogo - Kereta Polis Dipandu Laju Langgar Peserta Perhimpunan

Lelaki Yang Terpelanting Dilanggar Polis Di Sogo

Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.

Su Kuang Hong (gambar kecil), 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan. -mk



Kereta polis meluru laju, langgar peserta perhimpunan


SAKSI MATA: kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.

Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.

Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.

Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.

Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, saya tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.

Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.
Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.

Saya kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.

Tidak berapa lama kemudian, saya berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.

Saya melihat lelaki tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan ambulans. -mk







Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras. Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:

1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri

Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:

1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:


2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:


3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau:


Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia.

Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.

Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.

Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.

Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook. Segala pembohongan terdedah dengan mudah.

KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA

Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia.

Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.

Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama.

Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki. -tulanjg besi .

Video yang dirujuk oleh Tulang Besi:





Peserta bantu polis tersepit


Saiful menunjukkan gambar yang tersiar si sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku


PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.

Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.

“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.

“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rakaman keseluruhan kejadian dirakam oleh sebuah TV Web dan dia sendiri turut mempunyai salinan rakaman itu.

“Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.

“Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama,” katanya.

Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah. -SH


Combined clip



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi penyayang...
Sejujur2nya kenderaan polis itu dalam situasi HILANG KAWALAN..tak perlu menegakkan benang yang basah..benar tetap benar.

Tanpa Nama berkata...

bawa kereta macamtu punya laju...
gila

mungkin sudah ada skrip supaya budak polis itu pecut kereta selaju itu selepas provocator tertentu membaling objek...

Amuraria berkata...

MEMANG ANJING ALIM BERUPA MANUSIA YANG PANDU KERETA ITU IKUT SKRIP ! DAH LANGAR CAKAP BOHONG PULAK ! NASIB BAIK ZAMAN KINI SEMUA PEMBOONGAN BOLEH DIDEDAH DENGAN TEKNOLOGI SERTA RAKAMAN PELBAGAI SUDUT,ADA LEMBU MAHU TEGAK BENANG BASAH ;) ADA MASYUK FULUS KA ? APA PASAL BAWA LAJU,PAKAI HELMET DENGAN BERSELUAR PENDEK ?

Tanpa Nama berkata...

kat mana yg kamu nampak dia pakai helmet dan seluar pendek tu..cuba citer

mat din berkata...

kat paha tu nampak torehan sekata aje.kalu kena langgar tak gitu lukanya.

Tanpa Nama berkata...

Jiran aku, masa dia remaja, pening mak dia sbb selalu pandu kereta ayah dia tanpa lesen memandu, laju pulak tu.

Last2 lepas SPM dia masuk polis. Sapa sangka kan? Semuga dia berdisplin.

hairan berkata...

polis malaysia nih masih berfikiran kolot + bodoh! tak pernah belajar dari pengalaman lepas!

kan sekarang nih bersepah orang guna hanfon, boleh merakam semua kejadian. Berapa lama polis nak sembunyi bangkai gajah??!! tak sampai 24 jam dah bersepah video keburukan polis tersebar seluruh dunia!

Patutnya kita dah ada ketua polis yang menggunakan otak sekarang nih.. malangnya ketua polis kita masih ala2 ketua kampung tahun 60an. Malang sungguh negara ku ini.

Punca kekalutan dan keganasan SEMUANYA DARI POLIS... JELAS... TERANG... BENDERANG!

Tengok tempat lain yg polis tak masuk campur semuanya AMAN DAMAI. Tak caya pergi tanya sapa yg join bersih kat jb, penang dlll

Bengong punya polis, patutnya mengekalkan keamanan tapi jadi SAMSENG!

CELAKA buat malu melayu ISLAM aje! Perangai mengalahkan israel!

*** sori bro kali nih mmg aku marah betul polis bila tengok video2 kat utube tuh! Baru tau cerita sebenar! SHIT punya polis + hisamuddin + najib + rosmah!