7 Apr 2012

Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi. Terbaru Di Kajang

Anak ‘ditawan’ dalam rumah

KAJANG: Seorang wanita yang pulang ke rumah selepas berniaga tidak menyedari anak perempuannya yang ditinggalkan seorang diri ditahan lelaki bertopeng bersenjatakan parang lebih sejam selepas memecah masuk rumah mangsa di Taman Semarak, di sini, kelmarin.

Gambar: TERLANTAR...Norhayati yang cedera menerima rawatan di hospital.

Mangsa mengetahui kejadian itu selepas perasan kelibat seorang lelaki berbadan besar melintas di belakangnya ketika mahu membuka langsir dan tingkap sebaik pulang ke rumah, jam 1.30 tengah hari.

Menurut mangsa, Norhayati Manap, 47, dia kemudian mengintai ke bahagian dapur untuk mencari anaknya dan tiba-tiba diacukan parang oleh seorang lelaki yang memberi arahan supaya tidak membuat bising.

“Saya ingatkan anak membawa kawan sebaliknya belum sempat bertanyakannya, lelaki bertopeng itu sudah mengacukan parang ke leher saya.

“Melihat tindakannya itu, saya cuba melawan dan mempertahankan diri menyebabkan kedua-dua tapak tangan saya ditetak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, dia menyedari cedera sebaik melihat darah membasahi baju dan menitis di lantai dapur selain terasa pedih di tapak tangan.

“Melihatkan keadaan saya yang lemah, lelaki itu melarikan diri menaiki motosikal bersama wang hasil perniagaan dan barang kemas yang disimpan dalam beg berniaga dianggarkan RM8,000,” katanya.

Katanya, sebaik lelaki terbabit melarikan diri, dia menggagahkan diri membuka pintu menggunakan siku sebelum menjerit meminta tolong jiran.

Sementara itu, anak ketiga mangsa, Mastura Mohd Fadilah, 18, berkata, dia tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit kerana berada dalam bilik air selepas selesai membersihkan rumah.

“Sebaik keluar dari bilik air, seorang lelaki bertopeng mengacukan dua parang di kiri dan kanan leher saya serta mengarahkan diam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu.-HM

Ulasan GB

Sekurang-kurangnya terdapat 3 kes yang menggunakan modus operandi yang hampir serupa dalam seminggu ini, iaitu acu parang di leher sebelum samun.

Pertama di Puchong, Jurutol Diikat Sebelum Dicabul

Kedua di Tanjong Malim, Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher

Ketiga di Bangi, Rumah Mawi Pula Kena Rompak, Ahli Keluarga Diikat & Diacu Parang Dileher

Sebelum kejadian ketiga-tiga kes berkenaan, ada Pengantin Parah Ditetak Penjenayah Samun Barang Kemas

Semalam rumah adinda Sultan Selangor disamun oleh penyamun yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan

Berwaspadalah sentiasa!

3 ulasan:

Awanama berkata...

SURUH MENTERI BN TARIK BALIK KANYATAAN BAHAWA MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT

Awanama berkata...

Tolak UMNO yg tak nak laksanakan hukum ALLAH.

Agak2nya pada mata UMNO, ALLAH ni sapa ? Cer tanya sikit depa. Nak lawan ALLAH sangat!!!!.

Awanama berkata...

maka begitulah selamatnya malaysia.....





wak kang