19 Mac 2012

Kes Malaysia Paling Selamat: Pengantin Parah Ditetak Penjenayah Samun Barang Kemas

Pengantin parah ditetak

PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin lelaki.

Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.

“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin. -hm

Ulasan GB

Tema hari ini: Malaysia Paling Selamat?



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tertarik dgn tajuk GB.
patut diteruskan agar dpt ditonjol kepada luar yang mana Malaysia ni amat selamat untuk penjenayah2,perompak,perogol dan segala per lagi...termasuk menteri2,ketua bahagian, ketua cawangan dan yg sewaktu dengannya...

otaklunyai berkata...

pap..pap..paaaling selamat utk penjenayah dan pemimpin2 amngok yg mentekedarah rasuah dan duit rakyat... selamat utk pemimpin2 amgok laknat yg rogol dan bunuh anak orang... selamat utl pemimpin2 amgok laknat yg mencabar Hukum Syariat Islam....

Tanpa Nama berkata...

Cakap tak berlapik melebihi kuasa Allah swt. Patutnya syukurlah dulu kepada Allah barulah lidah pendek boleh puji manusia seperti polis ke.. atau lain-lain. Sebab terbukti polispun buat kerja menyamun.

Sekarang golongan politik ini terpaksa guna semua talian hayat sebab kekuasaan mereka dah nyawa2 ikan.

Orang yang sering cakap bohong dan menipu rakyat adalah golongan zalim dan tidak akan selamat.

Tanpa Nama berkata...

seolah2 ade beberapa sindiket/kumpulan yg menjadikan orang2/kumpulan tertentu sasaran mereka seperti :
Org2 yg nak buat kenduri kawin (sbnarnya bnyak dah terjadi, sbb depa fikir depa2 ni mesti loaded & bnyak brang2 kemas),

org2 yg nampak mewah,
org2 yg lemah (spr org2 kg yg kbnyakan warga emas tingal sorang2 atau berdua laki bini aje),
dll.

tak de keberkatan sbb tolak huhum Allah, depa tak takut.

hairan berkata...

pada pendapat aku, salah satu punca jenayah makin bermanaharaja lela ialah apabila pihak berkuasa makin lemah (kenapa lemah tuh selidik jugak) walaupun jumlah anggota polis tuh ramai tetapi tidak akan berkesan jika strategi memerangi jenayah tidak dibuat dengan berkesan!

Tapi aku amat tertarik dengan pendapat yang diberi oleh abang ipar aku masa aku bercuti balik kampung last week, dia cakap salah satu punca utama jenayah bertambah ialah apabila ekonomi rakyat makin merundum. Contohnya yang naik gaji ialah orang 'gomen' tapi orang kampung dan orang2 yang kerja 'kais pagi makan pagi' tuh hidupnya makin tersepit. Gaji tak berubah tapi harga barang2 semua dah mencanak2 naiknya. Nak beli beras pun susah, harga ikan pun dah melambung2 naik. Kebetulan aku pergi pasar masa tuh, nampak dengan mata kepala aku seorang abg tuh beli ikan selar saiz paling kecik 5 ekor jer... itu pun masa dia nak bayar mcm serba salah... hmmm tersentak aku.

Akibat dari kesempitan hidup ni ada diantara mereka ini beralih kepada jenayah... mencuri, merompak, culik, dlll semuanya sebab nak mencari DUIT. Nak beli susu anak pun kena pakai duit, nak naik moto pun kena berduit...

pemimpin kita tak pernah memikirkan nasib majoriti rakyat (melayu kampung la paling ramai) yang hidupnya susah dan miskin... bila bercakap pasal ketuanan MELAYU sampai bersembur2 air liur! tapi setakat cakap aje, realitinya orang melayu nih sejak dulu diperbodohkan dan diperhambakan oleh PEMIMPIN melayu yang semakin kaya raya! Pada mereka orang2 melayu nih pemalas dan bodoh sebab tuh miskin. Sedangkan mereka tak sedar diri jadi kaya pun sebab rembat duit rakyat! Shit!

Aku tabek spring dgn abg ipar aku tuh. Apa yang dicakapnya ada kebenaran. Semoga semakin ramai orang2 melayu terutamanya dikampung yang sedar betapa kita selama ini telah diperbodohkan oleh BN/UMNO!

Mudah2an Allah tegakkan keadilan dibumi MALAYSIA. Amin.

Tanpa Nama berkata...

nak tau malaysia selamat atau tidak...
maka suruh ler najib jalan sorang2 tanpa body guard...

Tanpa Nama berkata...

jenayah yang mati hanya rakyat,bukan ada menteri yang mati, jadi malaysia negara selamatlahhhhh kata menteri.

Tanpa Nama berkata...

hairan, aku setuju. & aku nak tambah.

Kbnyakan yg rompak tu nilai2 kemanusiaan pun kurang, tak kira le agama ape. Depa merokok, hisab dadah, pakai hp mahal, tv ade Astro, yg Islamnya tak solat, berjemaah. Kat surau aku ade org kaya nak bantu depa ni tapi bersyarat, buang rokok, Astro tu, solat jemaah jgn putus. Depa tak nak.

Ni sbb tv selalu siar program laro, sayang nak miss.

Tanpa Nama berkata...

Siapelah nak percaya berita "MALAYSIA SANGAT SELAMAT DI ASIA TENGGARA" yg disiar dlm surat khabar yang dicipta oleh UMNOBN neh?, nak tipu rakyat aje, nasib baeklah keluarga ku semuanya dapat maklumat2 melalui internet, jimat juga duit kut dari membeli UTUSAN,BERITA HAIRAN,METRO dll... pendedahan demi pendedahan dpd blog-blog pembangkang aku suka banget!