7 Apr 2012

Kes Dekan "Terkahwin" Lelaki: Sri Wani & Dr. Bahrom Wajib Dipisahkan Sementara

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa perkahwinan antara pasangan sesama jantina adalah dilarang dan tidak diiktiraf sama sekali dalam Islam.

Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah.

Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah.

“Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri.

“Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo

Pisah pasangan nikah ala koboi

KUALA LUMPUR: Pernikahan yang menggunakan khidmat jurunikah palsu atau lebih dikenali sebagai ‘nikah koboi’ terutama yang berlangsung di tepi jalan tidak sah menurut syariah dan enakmen keluarga Islam negara ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alauddin berkata, perkahwinan begitu perlu segera menjalani proses faraq yang membawa maksud kepada pembubaran pernikahan bukan melalui talak.

“Macam mana kita boleh kata pernikahannya sah sedangkan dia melanggar syarat wali iaitu perkara wajib dalam Rukun Nikah yang dijelaskan bahawa wali perlu berada melebihi dua marhalah (83 kilometer) dari lokasi pernikahan, baru kata tidak wujud.

“Tapi kes ini, dia melangsungkan pernikahan di tepi jalan, sekali gus menjelaskan yang walinya masih berada dalam lingkungan wujud. Maka, perkahwinannya tidak sah kerana tidak berwali.

“Walaupun pasangan yang mahu berkahwin itu sukar menemukan walinya, dia tetap perlu mendapat keredhaan individu terbabit untuk keberkatan dalam perkahwinannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai khidmat jurunikah palsu dikesan bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang mahu berkahwin, tetapi tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Sindiket didalangi warga tempatan itu digelar ‘Tok Ayah’ menawarkan khidmat dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan yang boleh dijalankan di tepi jalan sebelum pasangan diberi sijil nikah palsu.

Mengulas lanjut, Badli Shah yang juga bekas Kadi Daerah Temerloh berkata, berbanding pernikahan yang berlangsung di Thailand, ia masih sah kerana mematuhi syarat nikah, tetapi salah dari segi undang-undang Malaysia.

“Kalau nak banding dengan bernikah di Thailand itu cerita lain kerana pernikahannya sah (mengikut syariat), namun secara moralnya ia salah apabila tidak berdaftar mengikut perundangan negara kita. Jadi mereka perlu daftar dan bayar denda saja.

“Cuma kahwin koboi ini jelas tak sah. Jangan ada pasangan yang bernikah menggunakan khidmat begini kerana musibah dan implikasinya lebih teruk apatah lagi wanita yang berkahwin dengan suami orang dan si suami itu pula meninggal dunia.

“Dia tak boleh mendaftar perkahwinannya, manakala anak yang lahir menerima nasib sama. Susah, lebih baik jangan dilakukan,” katanya.
-HM


Eksklusif: Sri Wani masih sayangi suami

SHAH ALAM - Pengusaha yang mencetus kejutan setelah kes mahkamah mengenai status jantinanya dipaparkan di muka hadapan akhbar semalam, tampil meluah suka dukanya sejak bergelar isteri.

Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia tetap sayang kepada suaminya, Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan universiti tempatan walaupun dilanda pelbagai dugaan.

“Biarlah apa orang nak kata; Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi yakin, dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.

Dalam laporan semalam, bekas dekan itu, yang mengesyaki isterinya lelaki memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, kelmarin.

Bahrom bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, yang memeluk Islam, pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dgn maaf, dah setahun baru terbongkar rahsia...selama tu macamana perhubungan batin? Setuju jika uraikan ikatan "pernikahan" dan orang lain ambillah teladan. Penyamaran pada zaman ni mmg menakjubkan!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah bala daripada Allah akibat kejahilan manusia dlm ilmu agama...mmg benarlah firman Allah yg brmaksud 'ssungguhnya mereka pandai dlm ilmu dunia ttapi bodoh dlm ilmu akhirat'.andai kata si 'isteri' mmg sah perempuan skalipun,pernikahan mereka tetap tidak sah kerana tidak mematuhi syarat2 wali...berzina dlm tempoh tempoh 1 tahun!!!Nauzubillah.

Yg jelasnya,sistem pendidikan agama di Malaysia completely fail...buktinya even perkara2 fardu ain, ada yg tidak di ajar di sekolah,bahkan trpaksa pergi ke kuliah di surau/masjid untuk mndalami agama...pemimpin2/mufti2/ulama'2/kadi2/ustaz2 kerajaan, kamu smua jawablah nnti di hadapan Allah s.w.t!!!!