26 Mac 2012

Rumah Mawi Pula Kena Rompak, Ahli Keluarga Diikat & Diacu Parang Dileher

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Gambar: PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort, dipecah masuk perompak, awal pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.

Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000. -BH


Rumah Mawi kena rompak

BANGI – “Jangan bising.. duit, emas”. Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,”
katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.
-SH



Ulasan GB

Baru pagi tadi blog GB mengutarakan kes rumah YB kena rompak di Tg.Malim dengan modus operandi yang serupa.

Masihkah menteri KDN boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biniygcun tu tak kena rogol...Alhamdulillah... kalau tak trauma lagi teruk...

AzMiR