2 Mac 2012

[Video] Pimpinan Tertinggi PAS Turun Kedah Malam Esok Selesaikan Kemelut

Krisis Exco: AJK Pas Pusat turun Kedah esok

KUALA LUMPUR - Kesemua ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat akan mengadakan pertemuan khas dengan pemimpin-pemimpin parti peringkat Kedah malam esok bagi menyelesaikan 'krisis Exco' yang dilihat boleh menggugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 jika gagal ditangani segera. fotoTHESTAR Oleh SAMUEL ONG

Pertemuan itu juga akan membabitkan perbincangan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat khas malam tadi gagal mencari penyelesaian, sebaliknya memerlukan satu lagi pertemuan dengan barisan Badan Perhubungan Negeri Kedah.

Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat kira-kira tiga jam di ibu negara tengah malam tadi, Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, kesemua ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terlibat sama dalam pertemuan esok.

"Perjumpaan akan diadakan pada Sabtu, malam Ahad di Kedah... tempat akan diberitahu kelak," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Salahuddin berkata, mesyuarat khas yang diadakan ini sebulat suara memutuskan untuk berjumpa dengan ahli Jawatankuasa Kerja Pas Kedah termasuk Menteri Besar.

"Perjumpaan itu akan melibatkan semua ahli tertinggi Pas termasuk Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perjumpaan di Kedah nanti akan membincangkan dengan lebih meluas tentang permasalahan krisis di sana." katanya pada sidang media.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengadakan mesyuarat khas bermula 9 malam tadi bagi mencari penyelesaian ke atas 'krisis' kepimpinan parti peringkat Kedah, yang ketara selepas dua Exco Kerajaan Negeri menolak tawaran untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Mesyuarat khas itu berlangsung di ibu pejabat parti di ibu negara dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Mohamed Sabu.

Mesyuarat khas itu diadakan dua hari selepas Salahuddin mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan salah seorang Exco Kerajaan Negeri terbabit.

Kelmarin, Salahuddin berkata, beliau ada beberapa formula untuk dibentangkan pada mesyuarat malam ini.

Katanya, mesyuarat ini diadakan khusus bagi membincangkan kemelut yang melanda kepimpinan Pas Kedah.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian yang disiarkan kelmarin, Salahuddin menyifatkan pertemuan beliau dengan dua pemimpin Pas Kedah kelmarin membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Azizan dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi di rumah masing-masing.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kehadiran Salahuddin di Kedah bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah Pas Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung, Selasa lalu. -SH

Pertemuan mahabbah PAS Pusat, Kedah malam esok

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Semua ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan pertemuan mahabbah dengan PAS Kedah malam esok bagi mendengar segala permasalahan di pihak kepimpinan parti negeri itu.

Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan pada Sabtu di Alor Setar, Kedah di mana kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz Azizan dan Datuk Phahrolrazi," kata beliau selepas mesyuarat khas jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS Pusat yakin isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah mengadakan 'pertemuan mesra' dengan semua peringkat di Kedah.

"Malam ini kami telah mengadakan perjumpaan secara harmoni, dan mengambil berat apa yang berlaku.

"Oleh itu, PAS akan turun bermesra dengan semua peringkat iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan perhubungan negeri dan akan dengar semua pandangan dan penyelasain sedang diatur dan saya yakin PAS akan muncul lebih kuat selepas ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media, setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Selasa lalu, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.

Selasa lalu, lapan Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Bagaimanapun, Phahrolrazi dikatakan enggan menyambung jawatannya.
-HD






Ulasan GB

Semuga isu kemelut PAS Kedah dapat diselesaikan secepat dan sebaik mungkin.

GB telah paparkan di blog ini mengenai isu kemelut Kedah yang meruncing sekalipun ada pihak cuba untuk menyapu sampah ke bawah karpet dengan menganggapnya kecil dan kononnya tiada masalah apa-apa yang melanda PAS Kedah.

Kita amat berharap semua tindakan memburuk-burukkan individu terutama ke atas MB Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, YAB Ust Azizan Abdul Razak dan Exco Negeri, YB Ir Amiruddin Hamzah yang dilakukan oleh pihak tertentu dihentikan sesegera mungkin.

Semua pertikaian hendaklah diselesaikan dengan semangat ukhwah Islamiah dan kembali kepada akhlak jemaah dengan tidak mempertajamkan sebarang jurang perselisihan.

Tulisan GB bernada keras sebelum ini meminta pihak Ir Phahrolrazi & PAS Kuala Kedah supaya menghentikan usaha berterusan mereka menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di Kedah berhubungkait dengan perlantikan exco.

Di dalam satu komentar mutakhir GB menulis,

Ahli jemaah yang baik tidak melakukan perkara-perkara sedemikian, sebaliknya cuba untuk menutup keaiban saudaranya, jika terpaksa juga melakukannya maka hendak dilakukan dengan aturan ayat yang mulia dengan tidak mempunyai niat untuk "menjatuhkan" sesiapa terutama ketua. Ini gagal dilakukan oleh PAS Kuala Kedah.

Perit dan pedih di bawah panji Islam adalah lebih baik dan lebih mulia dari senang dan ketawa di bawah panji yang tidak Islam

Tidakkah anda bersyukur dengan nikmat kemenangan yang Allah berikan kepada Parti Islam di Kuala Kedah?

Beratus PAS kawasan-kawasan lain yang meimpikan, malah berdoa siang dan malam dikurniakan nikmat kemenangan, tetap kamu-kamu di Kuala Kedah sudah dikurniakan kemenangan kamu berseliseh dan saling hendak menjatuhkan.

Jangan sampai nanti Allah tarik semula nikmat itu untuk diberikan kepada kaum yang lain.



5 ulasan:

fames berkata...

jumpa, tampaq2 pungkok sedikit sebanyak. lepas tu sapu bawah carpet......

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ahli, apa yang aku nampak memang ada element2 yang ingin menjatuhkan MB Kedah yang kita kasihi.

Sayang sekali, esco2 tersebut tidak pandai utk menghormati ketua mereka iaitu MB Ustaz Azizan. Sepatutnya esco2 yg cuba memberontak itu redha dan bersyukur walaupun pendapat mereka tak di ambil berat. Ini adalah kerana MB Azizan adalah ketua mereka dan beliau mempunyai kuasa kataputus dalam satu2 keputusan.
Amat malang sekali dan amat memalukan bagi esco2 yang terpelajar dan terpilih itu membangkang dan cuba menikam dari belakang ketuanya sendiri dek kerana pendapat mereka diketepikan. Ditambah lagi cuba menghasut dan memberi ugutan supaya menyikong mereka. Memang memalukan di mata rakyat yang melihat. Apakah ini rupa bentuk pemimpin yang di angkat sebelum ini oleh rakyat??? Mempunyai sifat tidak redha, berdendam, menikam dari belakang, mengugut orang yang tidak menyokong mereka? Apakah ini ini sifat pemimpin Islam????

Terus terang saya katakan, perbuatan esco2 berkenaan AMAT JELEK dimata rakyat. Di sidang media berkata DENGAN RELA HATI BERUNDUR kerana tak sehaluan pendapat, TAPI, pada hakikatnya BERDENDAM dan TERUS MENIKAM ketua mereka dari belakang.

Masyarakat kampung seperti saya secara tak langsung BOLEH menilai siapakah pemimpin2 yang telah di angkat yg cuba MEROSAKKAN Jamaah dan ketua Jamaah yang di lantik.

Tanpa Nama berkata...

Pas Pusat perlu bertindak tegas ke atas kumpulan Phahrolrazi dan Kawasan Kuala Kedah.

Perbuatan mereka sudah dilihat terlalu BIADAB dan tidak mengamalkan adab jemaah.

Saya mencadangan PAS Kuala Kedah digantung untuk sementara waktu untuk mendisiplinkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

kesalahan besar pharolrazi tidak boleh dimaafkan, bukan kesalahan sikit2 spt didakwa sesetengah pihak.

bertindak menghasut exco2 untuk memboikot perlantikan, tu nombor 1, nombor dua beri kata dua kat yb amiruddin, sdgkan yg pilih amiruddin tydp ialah ahli2 bawahan bukan lantikan ydp, ketiga memburuk2kan PJ Pas Kedah, tiada wala dan tsiqah terhadap kepimpinan, mencemar dan menghina PAS Pusat dgn terus-menerus melakukan provokasi utk mengguling MB Kedah.

lansung tak ada akhlak Islam dan adab jemaah.

Tanpa Nama berkata...

sungguh dasyat permainan phahrolrazi ni, macam perangai umno jugak, melakukan huruhara dalam jemaah sehingga satu batalion pas pusat kena turun perbaiki.