26 Dis 2013

"Guling Kerajaan": Kain Rentang Memfitnah Pakatan Dikesan


Sungai Jarum - Pemuda Pas Kuala Langat kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan PR dengan penggantung kain rentang mengajak masyarakat menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk negara ini.

Menurutnya, pihaknya masih percaya sistem demokrasi dan menghormati ketenteraman awam, namun jika menyalahgunakan nama dalam mengajak masyarakat untuk menjatuhkan sesuatu pihak tidak sepatutnya berlaku.

“Saya menerima maklumat satu kain rentang telah digantung di Jalan Telekom Lama, Banting sekali gus mengarahkan ahli supaya menurunkan kain rentang terbabit supaya tidak meragukan masyarakat.

“Tindakan itu menunjukkan ada unsur sengaja ingin menjatuhkan imej PR selain menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam menimbulkan isu baru,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya.

Hairul Nizam berharap penyebaran fitnah seperti itu dihentikan supaya tiada berlakunya sikap menuding jari.

Katanya, orang ramai juga diharapkan segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima maklumat berhubung pemasangan kain rentang berkenaan.

Selain itu, Hairul Nizam berkata, pihaknya difahamkan pemasangan kain rentang berkenaan bakal dipasang lagi namun pihaknya mengambil langkah berwaspada untuk membanteras pemasangan tersebut daripada berleluasa.

Dalam pada itu, semalam, lebih 20 ahli Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Puteri Umno Bahagian Kuala Langat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman mengenai pemasangan kain rentang mengajak masyarakat menyertai aktiviti menggulingkan kerajaan pada 31 Disember di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. -SH

6 ulasan:

Awanama berkata...

Cheaters are now cheated...

Awanama berkata...

mmg penganut UMNO/BN nie bodoh mcm lembu......percayer jer fitnah tu......pakai akailah sikit......PR taklah bodoh nak buat mcm tu....cumer UMNO/Bn yg dah terdesak jer....syukurlah UMNO/BN.....sbb mempunyai penganut yg akai mcm lembu.......bodoh piang.....nak mampus....

Awanama berkata...

Kaedah macam ni sudah tak boleh pakai lagi.Tahun 60an dulu bolehlah orang percaya, sekarang dizaman cyber ni tektik kotor yg macam ni dah basi.Kalau pun ada yg percaya, itu jenis bangang jugak.

Awanama berkata...

cerita lama berulang kembali, akai manusia tera tu aja la
limau purut 3 serangkai buta perut kurang akai

Awanama berkata...

Cepatnya pemuda & puteri UMNO bertindak buat laporan polis. Nasib baik tak dibuat laporan sebelum kain rentang tu dinaikkan, jika tidak baru boleh dikelaskan sebagai proaktif.

Awanama berkata...

Excuse me. Muka alien dari planet mana lu pakai dalam kain rentang tu ya?

Kalau ya pun janganlah pakai polis special branch sebagai cover depan banner beb. Tapi lu pakai juga macam kita tak tahu siapa dia alien dalam banner dalam banner tersebut.

tapi alien yang bernama umat melayu shj boleh percaya dengan fitnah kain rentang.