2 Mac 2012

Transformer TNB Meletup, Rumah Najib Dan Sekitar Putrajaya, Bangi bergelap 1 Jam

Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi. -kosmo

Transformer TNB meletup

KUALA LUMPUR — Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap.

Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih.

Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. — BERNAMA


Ulasan GB

Sudah ada tanda-tanda pemerintahan BN akan menghadapi zaman kegelapannya di Putrajaya(?)

2 ulasan:

James Labi berkata...

Transformers TNB bertukar menjadi Optimus prime atau Megatron atau Decepticon ?

Awanama berkata...

Tu la Pak najib suka sangat sebut Transformasi transformasi.... kan dah overload transformer tu muaaaaahahah dah jadi Decepticon kot hahahaha...