2 Mac 2012

Pakatan Janji Tol Hapus Jika PR Memerintah, Najib Mula Mansuhkan Tol

PM umum potongan 50% tol lebuh raya Cheras-Kajang

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini. -fotoBernama

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.

Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.

Najib menjelaskan bukan mudah untuk memutuskan mengenai pembinaan sekolah tersebut memandangkan kesukaran mendapatkan tapak, disebabkan itu kerajaan bersetuju untuk membina SRJK (C) itu di tanah bernilai RM20 juta.

"Jika pembangkang bising bagilah tapak yang lain, kenapa tak bagi tapak lain sedangkan mereka ada kuasa untuk luluskan tapak lain, mereka tak bagi tapi mereka buat bising, kononnya mereka yang memperjuangkan kepentingan masyarakat di situ," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai yang hadir.

Beliau menegaskan soal pendidikan bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan dipolitikkan, hakikatnya mesti mencari jalan penyelesaian, yang mana hari ini terbukti kerajaan BN mampu membawa penyelesaian kepada masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Jika ada kelemahan tertentu, kita bersedia mendengar suara rakyat, saya tidak takut dan saya kata kalau tidak betul InsyaAllah kita akan betulkan tetapi jangan ada pihak menidakkan jasa yang terbesar selama ini ialah jasa yang dibawa kerajaan BN," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Sebelum ini Pakatan Rakyat sudah mengumumkan bahawa Tol perlu dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengaut untung yang besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noh Mohd Yaakob pula menyatakan bahawa jika tol dihapuskan, negara ini akan muflis.

Lim Guan Eng membantah.

"Saya kata tidak. Malaysia tidak akan muflis. Dan sekiranya dia masih yakin dengan kenyataannya, marilah berbahas berdasarkan fakta dan bukan sekadar serangan yang tidak masuk akal.

"Saya harap beliau tidak takut untuk berbahas tentang isu penting seperi isu ekonomi dan kos hidup rakyat ini. Malah sekiranya tol dihapuskan, inflasi juga akan turun," jelas Lim lagi sambil mencabar Noh Yaakob untuk berbahas dengannya secara terbuka mengenai isu ini.

Kini, Najib pula mengisytiharkan penurunan kadar untuk dua tol.

Membuktikan bahawa dakwaan PR adalah benar dan Pakatan Rakyat perlu diangkat ke Putrajaya untuk menggantikan BN untuk penghapusan tol.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






4 ulasan:

Awanama berkata...

Bagi kami ambil.. Tapi hukuman tetap wajib.. Ingat kapai selam.. Itu kira mencuri tuu.. Kalo bank sure kena tembak lama da.. He he hee.. Najib oh najib.. Sakan bersedekah.. Tapi guna duit org lain... Kah kah kahh.. Bayau balik duit2 yg korang rompak tu..

Awanama berkata...

Kalau TOL jadi free maka akan menganggurlah anak bangsa kita yg selama ini kerja d pondok2 tol. Akan berlobang beralun alun lah jalan raya tidak d kawal selia, akan tiada la peronda lebuh raya utk jaga keselamatan, akan bergelaplah jalan raya, akan ramai lah kontraktor2 yg akan bergaduh gaduh masing2 mau repair jalan...... ya kontraktor2 akan tukar tapi dari kroni ke kroni-kroni lain, yg jelas kroni tetap akan kroni.

Awanama berkata...

pekerja plus brapa ribu org ya???bila mahu menghapuskan syarikat kroni anak beranak maka alasan mahu menyelamatkan pekerja akan timbul.teringat skandal perwaja dulu,,ini lah alasan yang digunakan untuk membail out hutang akibat kehilangan wang yg disongklap oleh tangan ghaib..walhal wang bail out tu boleh diberi kepada pekerja perwaja untuk membuka pasaraya setiap seorg.hahah nampaK???dlm kes plus keuntungan masuk terus ke kantung syarikat konsesi lebih banyak dari kos upah pekerja,,jika terhapus tol,,pekerja harus diberi pampasan untuk memulakan sesuatu yang baru seperti perniagaan..atau pajakan kedai di hentian lebuh raya...ambo tak setuju dihapuskan tol tapi dikurangkan ke tahap yang boleh dan mampu oleh rakyat.sebab kos meyelengara lebuhraya memerlukan kos yang besar juga dan untuk mengelakan kerajaan menanggung kos yang tinggi..

Awanama berkata...

Rakyat kena tumbangkan dulu BN PRU13