29 Mac 2012

[Video] MB Selangor Sahkan Hasan Ali Campurtangan Urusan Tender

Shah Alam - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor.

Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat.

"Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk

mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Ia salah satu daripada tiga perkara dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dun Jumaat lalu.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Bagaimanapun menurut Menteri Besar, kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi Exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab "tidak mahu mengambil masa menjelaskan
perkara itu."

Azmin mendakwa, antara pembaziran Hasan ialah membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.

Abdul Khalid turut menyatakan bahawa anggota Exco Kerajaan Negeri Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya diikuti dengan Rodziah Ismail RM119,000, Ronnie Liu Tian Khiew (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat.


4 ulasan:

Telok Bakong berkata...

SUK mengantuk tu..

bikirperak007 berkata...

Hasan Ali banyak sangat lemak...kini sedang di sedut lemak untuk dikeluarkan..!

Awanama berkata...

Ada campur tangan dalam pemilihan penender boleh lapor kepada SPRM.

cucukerinci berkata...

hasan phd kaki kelentong...nak jual JATI pun dah tak laku.....dia ingat semua org boleh ditipu....bertaubat lah wahai hasan phd....