29 Mac 2012

Apabila Mahathir Melihat Dalam UMNO Dah Terlalu Banyak Lembu-lembu....

Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

Ulasan GB

Tersenyum juga GB membaca kenyataan TDM di atas.

Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.

Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.

Dah terlambat. Lebih setengah abad UMNO menjadi "kandang lembu" dan rakyat sudah bersedia untuk "merobohkan" kandang itu yang menyebabkan najis lembu-lembu itu membusukkan imej negara.

Moo sana moo sini bak kata si kartunis Zunar.

10 ulasan:

kayu_cemeti berkata...

diantara lembu lembu bodo dalam umno yang dipilih olih pengundinya seperti wakil Sri Gading Kinabatangan Pasir Salak Kota Belut Jasin kawan Mahathir sendiri Ibrahim katak Zul katak dan beberapa ekor katak yang telah lama jilat umno yang semakin tidak popular dikalangan rakyat Malaysia atau perkatan mudahnya sudah meluat dengan gelagat mereka kini ditambah lagi dengan sekor katak dari Pas iaitu Hasan pakar rotibasi umno memang suka kutip bakal calunnya dari buangan sampah saraf yang hujah dan perangainya amat kotor dan jijik bila berdepan dengan musuh politiknya supaya rakyat tidak terus dibangangkan maka pastikan ABUkan dipru13 nanti bolih...??

Awanama berkata...

Gulungan profosional bukan tak diterima menjadi ahli UMNO, tetapi sebenarnya mereka tak minat dengan perjuangan UMNO. Dengor namanya saja mereka dan meluat

Awanama berkata...

Tergelak aku baca komen TDM...kahkahkah
Baru sekarang sedar UMNO baru yang ditubuhkan olehnya adalah dari kalangan orabg bodoh bangang macam lembu...kalau macam nilah kepada seluruh rakyat Malaysi jangan biarkan kita terus di Perintah oleh para lembu-lembu...nanti kita pun jadi macam lembu...mari kita tukar kerajaan dan talkinkan UMNO.

Awanama berkata...

Aku menyampah betul dgn pemimpin agung mahathir yg mantan nih... paling aku menyampah dgn kepandaiannya berkata2... bkn dlm umno je org pandai2 xdpt peluang, tp kat sector lain pun sama, korang rasa bdk2 yg graduate sampai master & PhD belambak x kat malaysia nih? secara logiknya xkan dah belajar tinggi2 xleh nak contribute dlm sector perindustrian/pertanian??? sampai sekarang proton asyik dok ciplak keta jenama luar... pertanian... huh... tuhan dah bg structur bumi yg terbaik, blh buat mcm2 tp RRI (Rubber Research Institute, FAMA, FELCRA x mende yg diaorang buat aku pun x paham... yg pasti bkn org2 pandai yg manage mende2 nih, tp aku bengang gak ngan yg si "pandai2" nih... xkan xleh do something utk cantas si bangang2 yg berkuasa??? sooo, kalau korang rasa korang pandai sila cantas masa PRU13. kalau tidak ko bakar je la kertas2 yg ko banggakan tuh!!! BANGANG!!!!

Awanama berkata...

Mahathir patut ingat bahawa pada zamannya jadi PM, dia sendiri tidak mahu orang yang cerdik menjadi pemimpin sama ada di kabinet atau bahagian UMNO. Oleh itu dia lantik mereka yang ada mentaliti lembu memgang jawatan terutamanyadalam kabinet.
Sekarang baru dia sedar atau nak tunjuk dia hebat lagi.

zulahmad77 berkata...

The AMATEURS built the ARK which saves all the species and the PROFESSIONALS built the TITANIC and all died tragically. ....

Awanama berkata...

Definisi 'cerdik' kena betul/jelas, saya tak setuju kalau cerdik adalah doktor/lawyer/ustat dll. ...... bahaya orang cerdik, takut nanti guna kecerdikan utk tujuan sendiri..... elok cari orang beriman.

Awanama berkata...

Lu olang bole percaya ka ini olang... itu memali dia sulah bonuh, itu luit billiob billion dia sapu... lu buang itu mufti selangor... lu8 ISA kan sapa lu suka lan banyakkkkkk laa.,, lu punya losa... wa tak tau la lu ada ala mintak tobat nasuha atau tak lak.....sikalang lia mau tunjuk dia baguih..Oiii Dead,..lu pi minta maaf pada semua waris memamli...lu tobat la...lu bukan tohan ma...lu pun mesti mau mati....wa kesyian sama lu....

Awanama berkata...

oi cik det,
Orang cerdik dan pro tak terhinginnye nak menjamah kulit busuk UMNO BARU kamu tuh kecuali mereka yang 'bingong' dan bertaraf 'pecacai' je yang terhegeh-hegeh menjual diri.

Awas

jangan pakai baju merah macam wanita umngok tuh takut dikejar lembu nanti.

Kah... kah... kah...

Awanama berkata...

orang pandai ada ke yg masuk umno?
orang bodo je yg tertarik ngan umno!

golongan LOW CLASSS punya..