29 Mac 2012

3 Penari Tiang Cuma Didenda RM25 Seorang

Seremban - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. -kosmo

Ulasan GB

Cuma denda RM25 seorang. Apakah ada nilai pengajaran dengan denda sebanyak itu?
Namun itulah hakikatnya.

Bukankah sepatutnya kes ini didakwa di Mahkamah Syariah bukan di mahkamah sivil?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca







14 ulasan:

Awanama berkata...

Denda yang rendah tidak mendatangkan kesan yang menakutkan. Sepatutnya undang-undang ini perlu dipinda dengan hukuman denda yang lebih berat untuk menjadi sebagai satu bentuk pengajaran.

Awanama berkata...

3 orang Tudeh mencari dean tuan magistrate
Hukuman pun ringan la

Awanama berkata...

tuan majistret baru grade agaknya tu...

Awanama berkata...

kejam ni.. sepatutnya denda RM 2.50 je..dorg x mampu nak bayar tu..bayaran utk peluk tiang berapa sen je dorg dapat..10 sen utk sejam kot...;)

tanda soal berkata...

kemungkinan dialog masa perbicaraan : "x de hal lah! asalkan x hina mahkamah dah la...", kata tuan majistret.

Awanama berkata...

Bila soal agama dipermainkan sedikit demi sedikit melayu semakin jahil berkeluman dengan dosa melaikat kiri kanan teruskan mencatit sehingga tiada lagi peluang untuk Allah swt membuka pintu ke jalan yang benar.. maka.. mereka masuk ke lembah neraka jahanam selama yang mungkin, wallahualam

Awanama berkata...

jom ramai ramai baling kasut kat 3 budak tiang ni....cer tengok brapa lak kita kena denda nanti...

mengapa takde kempen besar2an mengenai Kesopanan Berpakaian oleh mana mana pihak yg berwajib/berkuasa?????

Awanama berkata...

undang-undang gilan BN, tumbangkan BN PRU13

Awanama berkata...

MAHASISWA MENGANGGUR, KENA BAYAR HUTANG PTPTN, SEBAB TU BUAT TARIAN TIANG NAK CARI WANG....?

Awanama berkata...

Mudah-mudahan mak bapak mereka cepat masuk campur dan selamatkan anak-anak mereka dari maksiat ini.

Awanama berkata...

kerana akhlak beruk melayu yang 3 ekor ni lah...antara punca orang bukan melayu tidak berminat masuk islam...



neonazi

Awanama berkata...

itu tiang, kalau guna pokok pisang berapa agak dende nye...sapa pakar undang undang Malaysia kat sini tolong jawab.

Awanama berkata...

buat malu org ISLAM..org bkn Islam tepok tgn tgk org ISLAM wt cmni..dorg ske la tgk org ISLAM cmni..ape pnye **** la pmpuan 3 **** ni,ape mak bapak dorg xajar pendidikan agama gknye..ntah2 mak bapak dorg pon same jgk..SUBHANALLAH..

Awanama berkata...

Saya setuju..