24 Feb 2012

[Video] Kenapa Aku Baling Kasut Kepada Panel Hakim... - Imam Hosnan

Imam: Baling kasut tanda 'kehakiman rosak'

Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

Berbeza dengan sudut lain di masjid berkenaan, sebahagian daripada dinding sudut berkenaan diwarnakan dengan warna hijau.

Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.

Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.

Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara,"
katanya dalam laporan polisnya.

'Saya hanya seorang imam'

Ketika ditemui, Hoslan menimbulkan semula dakwaan tersebut, yang turut dikemukakannya ke mahkamah Rabu lalu.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.

"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.

Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.

Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.

Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.

Tidak berpakaian rasmi

"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.

Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.

Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.

"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi. -mk



Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Panel 3 hakim mahkamah Persekutuan yang bersidang sepatutnya tidak terlalu rigid dengan hanya mendengar pendakwa raya semata-mata kerana bantahan itu mengikut undang-undang.

Sebagai mahkamah tertinggi di dalam institusi kehakiman, rayuan yang ingin dikemukakan oleh Imam Hoslan berkenaan adalah "peluang terakhir" baginya untuk membuat rayuan dan demi kebenaran dan keadilan, panel hakim sebaik-baiknya berlembut dan mendengar rayuan tertuduh.

Namun tindakan para hakim berkenaan yang rigid menjadikan yang tertuduh tidak dapat mengemukakan rayuannya lalu hilang sabar dan bertindak membaling kasutnya dengan tidak lagi mengindahkan apa pun risiko yang bakal dihadapinya.

Peristiwa di atas sepatutnya membuka mata dan memeri pengajaran kepada para hakim di negara ini.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dear Imam Hoslan,

Kamu patutnya datang ke Bolehland. Tapi jangan lupa untuk membawa bersama kamu lebih banyak kasut kerana di Bolehland terdapat hakim yang buruk.

Tanpa Nama berkata...

Imam ni patut baling kasut arah Mahathir Kutty sebab dialah yang telah merosakkan sistem kehakiman dinegara ini.SiKutty ni masih berkokok sana sini nak tunjuk dia bijak,dia tak zalim,dia tak rasuah,semua orang buat tak betul.

Tanpa Nama berkata...

allah-hu-akbar.
tak tau apa nak jadi
dengan negaraku, malaysia.
ya-allah, ya-tuhanku.
berilah pr kesempatan
menduduki putrajaya.
supaya dapat diperbetulkan
apa yang tidak betul.
bn/umno ni dah melampau.

Tanpa Nama berkata...

allahu akbar!! walillahil hamd..

berani kerana benar salah kerana takut imam hj hoslan menegakkan yang hak, dan puak -puak yang pengecut dan bacul ni tak henti-henti memalukan sistem kehakiman islam awatnyer.....puak ni kalau dah berkuasa lupa dunia.. sistem mahkamah islam pun hang gadaikan maruah demi mulut kuasa dan pimpinan bn umno yang hang sanjung masya allah...