19 Jan 2012

PRU13 Pada 11 Mac

Seremban: PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr.Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

“Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11.

Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat,” ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Lenggeng merupakan sebuah kerusi DUN yang berada di dalam parlimen Seremban. Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Seremban dan kesemua kerusi DUN di dalam parlimen Seremban di dalam PRU12 yang lalu kecuali DUN Lenggeng. PAS tewas di Lenggeng kepada Mustafa Salim dari Barisan.

"Gimmik Politik"

Sementara itu di majlis yang sama Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah menjadikan orangramai tertawa apabila menyifatkan cadangan SPRM kepada menteri kabinet termasuk ahli keluarga dan anak-anaknya mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti “seorang bapa isytiharkan harta kepada anaknya”.

“Ini lawak paling besar.Jika PM dan para menterinya benar-benar telus sila isytiharkan harta kepada umum sepertimana Ketua Menteri pulau Pinang dan para exconya mengisytiharkan asset-asset mereka baru-baru-baru ini. Malah anda boleh semak perinciannya melalui lamanweb kerajaan negeri.

“SPRM ialah sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi saya ini hanyalah gimmik politik oleh kerajaan semata-mata kerana pilihanraya ke 13 semakin hampir," tambahnya.

Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Timbalan Ketua PKR Seremban Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban MK Ibrahim Abdul Rahman. -FMT/terjemahan bebas GB

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada benarnya PRU ke-13 jatuh pada 11 Mac, ini dikuatkan lagi dengan tindakan Dewan-dewan orang ramai sekitar Putrajaya tidak dibenarkan untuk disewakan kepada umum pada tarikh tersebut sehingga ada yang menunda tarikh perkahwinan disebabkan tidak dapat menyewa dewan.

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 akan diadakan pada bulan jun...mula2 bulan May tp di tunda ke jun

Tanpa Nama berkata...

buatlah.
tapi
selangor
pulau pinang
kedah
& kelantan
jangan ikut sama.
pr, cukupkan
perintah 5 tahun.
biar spr pening kepala.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA GB,

TEKANKAN PERKARA INI KPD PIHAK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT....

1. PIHAK BERKUASA SEPERTI CONTOH PIHAK POLIS MEMPUNYAI 2 IDENTITI IAITU SATU KAD PENGENALAN BIASA YG BOLEH MENGUNDI SEPERTI RAKYAT BIASA....MANAKALA LAGI SATU KAD INDENTITI POLIS YG BOLEH MENGUNDI SECARA POS.

PIHAK PEMIMPIN PR KENA INGAT PRU13 KALI INI PENGUNDI POS DAN PASANGANNYA BOLEH MENGUNDI POS....INI DIKHUARTIRI...LEPAS MENGUNDI POS...PENGUNDI TERSEBUT MENGUNDI SPT RAKYAT BIASA PULA.

BAGI MENGATASI MASALAH INI PASTIKAN PENGUNDI POS & PENGUNDI BIASA DIWAJIPKAN MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL. JANGAN HANYA PENGUNDI BIASA AJE YG PAKAI...PENGUNDI POS DIKECUALIKAN.

HARAP DAPAT DIBERI PERHATIAN PERKARA INI KERANA DISELANGOR MAJORITI PRU12 PAKATAN RAKYAT TAK BESAR MAJORITINYA.

Tanpa Nama berkata...

Ah jib, lu ada berani ka?
Lu punya ang pow ciput tau.

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat berdasarkan keadaan politik semasa, pilihan raya tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat kerana UMNO tak yakin. Macam-macam cara BN buat untuk tarik sokongan rakyat tapi tidak menjaminkan kemenangan mereka. Yang pasti pilihan raya tahun 2013.

kembara putih berkata...

Ada logik juga tarikh tu sebab bagi UMNO kalau boleh PRU mestilah diadakan lebih awal dari tarikh perbicaraan skandal kapal selam di Perancis. Jika BN menang PRU13, perbicaraan skandal yang diadakan selepas itu tidak memberi apa2 makna lagi, kena tunggu 5 tahun lagi untuk rakyat menghukum.